Pages

Saturday, October 25, 2014

Jika Benar Kamu Sahabatnya..

Assalam... Lama sgt x update blog ni.. dah usang dah....

Insyaallah,kali ni nk kongsi tntg sahabat.. knapa tntang shabat? sbb bnyak sgt dekat laman sosial sekarang post berkaitan hubungan antara manusia... termasuk diri hamba,mash fail lgi dgn sahabt2.... harap2 entri ni berguna untuk semua.... 

Jika benar kamu sahabatnya, maka.. Sumber : Pak Google
Sahabat itu, adalah satu keperluan hidup. Setuju tak? Sepertimana kita perlukan keluarga sealiran darah, begitu juga kita perlukan sahabat yang baik dalam hidup.
Dan sahabat yang baik, ialah yang sentiasa inginkan kebaikan untuk diri anda.
Ditegur, menegur sudah menjadi satu kemestian dalam hidup manusia. Kenapa? Sebab hidup ini tidak sempurna, banyak cacat celanya. Maka, jika perkara itu salah atau tidak kena, pasti ada orang yang akan membetulkannya. Mungkin juga orang itu anda.
Adakalanya, takut teguran itu membawa kepada bermasamnya muka.

Teguran Dari Sahabat Untuk Sahabat
“Macam mana nak tegur sahabat. Dan teguran itu tidak melukakan hatinya. Takut pula selepas ditegur nanti bermasam muka. Jadi bermusuh pula..”
Pernah tidak anda bertanya soalan seperti di atas? Saya pernah. Dan saya pernah juga ditanya orang lain. Dari situ saya belajar sesuatu mengenai pertanyaan ini.
Kenapa ya kita ada perasaan sedemikian hatta menegur sahabat sendiri?
Sebab, kita takut sahabat yang ditegur itu akan tersinggung, dan hubungan kalian akan renggang. Sebab apa kita takut kejadian seperti itu berlaku walaupun sebenarnya kita menegur hal yang betul dan cara yang sudah lemah lembut dan berhikmah?
Mungkin kita boleh sama-sama kena periksa niat dan iman kita. Senyum.
Jika Benar Anda Seorang Sahabat
Sahabat yang baik ialah sahabat yang tidak boleh duduk diam apabila melihat anda melakukan hal yang salah. Dan sahabat yang baik ialah sahabat yang akan lebih gembira daripada diri anda sendiri apabila anda berjaya dalam apa yang anda lakukan.
Dan sahabat yang terbaik ialah sahabat yang anda, ada dalam doanya selalu.
Jika suatu hari anda menegur sahabat anda demi kebaikannya dan dengan cara yang berhikmah, tetapi selepas anda memberi teguran itu, anda malahan ditengking. Mungkin juga lantaran ego dan sahabat itu malu pada anda, maka dia menjauhi anda.
Maka, apa yang anda akan buat? Berkecil hati?
Berbalik pada niat anda menegur. Sebab apa anda tegur? Jika teguran anda itu semata-mata kerana ALLAh dan kerana sayang pada sahabat anda, maka anda tidak akan berkecil hati walaupun ditengking. Dan anda juga tidak akan turut menjauhkan diri walaupun anda dijauhi.
Senang cakap, anda akan berkelakuan seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Seorang guru saya pernah berkata,
“Sekali kamu bersahabat, biar kamu pegang persahabatan itu sampai mati. Persahabatan itu bukan selalu indah, ada masa suram, bergelora. Kalau kamu mengharapkan persahabatan yang sentiasa tenang, janganlah kamu bermimpi disiang hari yang malamnya tidak pernah menjelma..”
Dan saya akui kata-kata guru saya itu. Moga beliau disayang ALLAh SWT!
Dalam kitab Ihya ‘Ulumuddin, mengenai persahabatan, Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tingkat yang tertinggi ialah melebihkan sahabat itu dari diri sendiri. Saya bagi contoh mudah dan biasa.
Anda belum makan. Lalu anda pergi beli makanan untuk dijamah. Tiba-tiba anda teringat sahabat anda yang seperti anda, juga belum makan. Duit yang anda bawa cukup-cukup untuk membeli sebungkus nasi yang hanya cukup untuk seorang. Sahabat anda itu pula, juga tiada duit. Tetapi, kerana teringat sahabat, maka anda bawa makanan itu dan bagi pada sahabat anda. Lalu anda berkata, anda sudah makan.
MashaAllah. Mungkin contoh diatas tak sedahsyat mana pun. Senyum.
Mampu tak anda berbuat demikian? Mementingkan sahabat berbanding diri sendiri. Itu tingkat yang paling tinggi dalam persahabat. Manakala tingkat yang paling rendah dalam persahabatan adalah bersangka baik terhadap sahabat sendiri.
Malah, sampai satu tahap, apabila anda dimaki oleh sahabat sendiri lantaran emosinya tidak stabil, anda juga tidak berkecil hati. Dan anda cuba untuk memahami. Bahawa sahabat anda itu sedang ada masalah. Maka anda bersangka baik.
Nampak seperti orang bodoh? Naaa. Tidak bagi saya.
Saya cukup hormat pada sahabat yang seperti ini. Kata orang, 1 dalam 1000!
Sahabat Itu Juga Manusia
Dalam persahabatan itu, harus bertolak ansur. Saya nak cakap, bersahabat sama seperti sebuah perkahwinan. Anda mesti pandai memilih sahabat yang baik. Kerana sekali bersahabat, anda nak selamanya bersahabat. InshaALLAh!
Antara sahabat, saling melengkapi. Jika si A seorang yang selalu emosi, maka si B tolong bertolak ansur menenangkan si A. Tapi itu bukanlah menjadi tiket si A untuk tidak pandai mengawal emosinya.
Hei sahabat, hargailah sahabat yang anda ada sekarang! Senyum.
Saya sebetulnya, masih berusaha menjadi seorang sahabat yang bukan hanya sahabat setakat di bibir sahaja. Atau pada tulisan sahaja. Tetapi pada hati dan perwatakan. Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Moga saya mampu.
Pssst! Kita jadi sahabat, boleh? *rangkulbahudia*
Sayangi sesiapa sahaja, dan jangan membenci sesiapa.
Hanya perkongsian untuk diri sendiri terutamanya. Perkongsian dari seseorang yang berusaha menjadi sahabat yang baik.
Sahabat yang baik menjadi penyeri hati!
Semoga ALLah merahmati.
Sumber :http://cintailahi.com/motivasi/jika-benar-kamu-sahabatnya/

No comments:

Post a Comment