Pages

Tuesday, August 27, 2019

💕 I'm back! 💕



Hampir 4 tahun tinggal blog ni..

Now, im back to my blog...
Nak isi dengan catatan hidup plak ^^

Monday, October 26, 2015

♥♥ Doa buat saudaraku ♥♥

1. Ya Allah jika disaat ini, ada saudara ku yg sakit, sembuhkan lah dia.  آمِيّنْ

2. Ya Allah jika disaat ini ada saudara ku yg bermasaalah & penuh kebuntuan permudahkan lah urusan nya jgn engkau beri payah kpdnya   آمِيّنْ

3. Ya Allah jika disaat ini ada saudara ku yg kesempitan wang, kau murahkan lah rezekinya. آمِيّنْ

4. Ya Allah jika disaat ini ada saudara ku yg bermasam muka diantara satu sama lain damaikan lah mereka.  آمِيّنْ

5. Ya Allah jika disaat ini ada saudara ku yg sesat duniawi, kurniakan Nur kpd dia.  آمِيّنْ

6. Ya Allah jika disaat ini ada saudara ku lalai, kurniakan lah Hidayah Mu kpd dia.  آمِيّنْ

7. Ya Allah jika di saat ini ada saudara ku yg bersedih hati. kembalikan lah kecerian diwajahnya.  آمِيّنْ

8. Ya Allah jika disaat ini ada saudara ku yg berada di persimpangan jalan yg  berliku, tunjukkan lah jalan yg diredai oleh Mu. آمِيّنْ  آمِيّنْ  آمِيّنْ  يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

♥♥ Disebalik Surah Al-Kautsar ♥♥

.. Baca sekejap ..  (2minit)

RAHSIA SURAH ALKAUTSAR
BISMILLAHI RAHMA
NI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

SURAH INI PALING PENDEK,

HANYA MENGANDUNGI 3 AYAT

DAN DITURUNKAN DI MAKKAH DAN

BERMAKSUD SUNGAI DI SYURGA,

KOLAM SUNGAI INI DIPERBUAT DARIPADA BATU PERMATA NAN INDAH DAN CANTIK.

RASANYA LEBIH MANIS DARIPADA MADU,

WARNANYA PULA LEBIH PUTIH DARIPADA SUSU DAN

LEBIH WANGI DARIPADA KASTURI.

SURAH INI DISIFATKAN SEBAGAI SURAH PENGHIBUR HATI NABI MUHAMMAD

KERANA DITURUNKAN KETIKA BAGINDA BERSEDIH ATAS KEMATIAN
DUA ORANG YANG DIKASIHI

IAITU ANAK LELAKINYA IBRAHIM DAN

BAPA SAUDARANYA ABU TALIB.

BERBAGAI KHASIAT TERKANDUNG DI DALAM SURAH INI BOLEH DIAMALKAN :

♥ BACA SURAH INI KETIKA HUJAN TURUN DAN BERDOA,

MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T MEMAKBULKAN DOA KITA.

♥JIKA KITA KEHAUSAN DAN TIADA AIR,

BACALAH SURAH INI DAN GOSOKAN DI LEHER,

INSYA ALLAH HILANG DAHAGA

♥JIKA SERING SAKIT MATA,

SEPERTI BERAIR, GATAL, BENGKAK,

SAPUKAN AIR MAWAR YANG SUDAH DIBACAKAN SURAH INI SEBANYAK 10X PADA MATA.

♥JIKA RUMAH DIPERCAYAI TERKENA SIHIR,

BACA SURAH INI 10X MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T BAGI ILHAM KEPADA KITA

DIMANA LETAKNYA SIHIR ITU.

♥JIKA MEMBACANYA 1000X REZEKI KITA AKAN BERTAMBAH.

♥JIKA RAJIN MEMBACANYA, HATI KITA AKAN MENJADI LEMBUT

DAN KHUSYUK KETIKA MENUNAIKAN SOLAT.

♥JIKA ORANG TERANIAYA DAN TERPENJARA MEMBACANYA SEBANYAK 71X,

ALLAH S.W.T AKAN MEMBERIKAN BANTUAN KEPADANYA KERANA DIA TIDAK BERSALAH TETAPI DIZALIMI.

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)

1) BIARKAN DIDALAM INI TANPA BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN.

2) ANDA SEBARKAN KEPADA SEMUA KENALAN ANDA.

RASULULLAH BERSABDA,

BARANG SIAPA MENYAMPAIKAN SATU ILMU SAJA DAN

ADA ORANG YANG MENGAMALKAN,

MAKA WALAUPUN YANG MENYAMPAIKAN SUDAH TIADA

(MENINGGAL DUNIA)

DIA AKAN TETAP MEMPEROLEH PAHALA.
         
SELAMAT BERAMAL...

PINJAM 3 MINIT UTK BACA NI...

JGN LUPA KONGSI.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Hantar ke semua group contact . Anda akan membuat beribu , malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W������

♥♥ Kategori Wanita Islam ♥♥


KATEGORI WANITA ISLAM

♥WANITA MUSLIMAH♥
Ѽ  Memikirkan hal duniawi seperti fesyen baju, fesyen niqab, fesyen tudung dan makeup terkini
Ѽ  Upload gambar sendiri (walaupun menutup aurat)
Ѽ  Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu agama dan menceritakan amalan baik yang dilakukannya

♥WANITA MUKMINAH♥
シ  Memikirkan cara untuk memperbaiki diri tanpa perlu menghebahkan pada orang lain
シ  Sibuk menghadiri majlis-majlis ilmu agama tanpa ada niat untuk menunjuk-nunjuk
ツ  Memikirkan cara berpakaian yang tidak tabarruj (yg berlebihan) supaya lebih berhati-hati di hadapan ajnabi (lelaki bukan mahram)

♥WANITA MUTTAQIN♥
ѷ  Memikirkan sepenuhnya kepada Akhirat
ѷ  Mencari redha Allah dalam setiap perbuatan yang dilakukannya
ѷ  Menyibukkan diri untuk bekalan di Akhirat ѷMemikirkan risau tentang keadaan umat Islam yg lain
ѷ  Sentiasa mendoakan moga-moga semua akan mendapat hidayah dan beroleh Syurga Allah s.w.t

✔  Yang mana kategori anda? Semua sifat di atas boleh berubah andai anda juga berubah

Ѻ Saidatina A'isyah r.ha pernah berpesan :

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang"

"Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaanmu"

Thursday, October 15, 2015

.:. Rindu Ditarbiah .:.

Rindu untuk kembali ke masa lalu.. Hidup yang penuh nasihat dan peringatan oleh orang sekeliling....

Skang hidup la sendirian, kena pandai2 peringat n cari semangat sendiri... 

Mpga aku bleh kembali ke suasana "dahulu" 

- Aku Rindu Untuk Ditarbiah-



Aku semangat n rindu lepas tgok poster ni..

Moh kita p ramai2.. ^^

Sunday, June 7, 2015

.::. JANGAN BUANG BIJI KURMA! .::.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

♥Sahabat pencinta Makanan Sunnah!

♥Ramadan Al Mubarak bakal menjengah lagi, Subhanallah bulan mulia untuk semua umat Islam.

♥Ironinya bulan Ramadan akan dikaitkan dengan makanan baik untuk berbuka puasa iaitu KURMA atau TAMAR.

♥Kurma adalah buah ajaib, kecil pada saiznya namun jika diambil secara konsisten setiap hari, ianya adalah makanan terbaik buat kita umat manusia.

♥Kaya dengan Glukos kerana itu ianya amat sempurna untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari.

♥Biji kurma sangat banyak khasiatnya, untuk kulit dan juga boleh dibuat minuman seperti kopi.

♥jika anda makan kurma, jangan terus membuang bijinya. Simpan dan kumpul.

◐Cara cara memproses biji kurma;

..- Basuh biji kurma dan tos kering

..- Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan jemurkan seharian

..- Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak , goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji kopi!

..- Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing dan tidak keras)

..- Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama

◆Apakah Kebaikannya?

..1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum

..2) Seperti dikongsi sahabat baik saya, Fadillah Nur beliau menggunakan serbuk biji kurma untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut

..3) Digunakan sebagai scrub badan. Gabungan scrub biji kurma dengan EVOO Extra Virgin Olive Oil) dan #madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!. Natural? yes and safe!

..4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah EVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ  akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat!!!

♥Masya ALLAH, tidaklah ALLAH SWT menyebut sesuatu yang baik di dalam AL QURAN jika tidak mendatangkan kebaikan dan barakah pada semua Umat Manusia

♥Apa yang penting, YAKIN, TAWAKAL dan ISTIQOMAH

♥Live and Love Sunnah

~ Dari Buku Islamic Medicine The Key To A Better Life hasil tulisan dan kajian Yusuf Al Hajj Ahmad membicarakan secara terperinci mengenai KURMA ~

Saturday, October 25, 2014

Jika Benar Kamu Sahabatnya..

Assalam... Lama sgt x update blog ni.. dah usang dah....

Insyaallah,kali ni nk kongsi tntg sahabat.. knapa tntang shabat? sbb bnyak sgt dekat laman sosial sekarang post berkaitan hubungan antara manusia... termasuk diri hamba,mash fail lgi dgn sahabt2.... harap2 entri ni berguna untuk semua.... 

Jika benar kamu sahabatnya, maka.. Sumber : Pak Google
Sahabat itu, adalah satu keperluan hidup. Setuju tak? Sepertimana kita perlukan keluarga sealiran darah, begitu juga kita perlukan sahabat yang baik dalam hidup.
Dan sahabat yang baik, ialah yang sentiasa inginkan kebaikan untuk diri anda.
Ditegur, menegur sudah menjadi satu kemestian dalam hidup manusia. Kenapa? Sebab hidup ini tidak sempurna, banyak cacat celanya. Maka, jika perkara itu salah atau tidak kena, pasti ada orang yang akan membetulkannya. Mungkin juga orang itu anda.
Adakalanya, takut teguran itu membawa kepada bermasamnya muka.

Teguran Dari Sahabat Untuk Sahabat
“Macam mana nak tegur sahabat. Dan teguran itu tidak melukakan hatinya. Takut pula selepas ditegur nanti bermasam muka. Jadi bermusuh pula..”
Pernah tidak anda bertanya soalan seperti di atas? Saya pernah. Dan saya pernah juga ditanya orang lain. Dari situ saya belajar sesuatu mengenai pertanyaan ini.
Kenapa ya kita ada perasaan sedemikian hatta menegur sahabat sendiri?
Sebab, kita takut sahabat yang ditegur itu akan tersinggung, dan hubungan kalian akan renggang. Sebab apa kita takut kejadian seperti itu berlaku walaupun sebenarnya kita menegur hal yang betul dan cara yang sudah lemah lembut dan berhikmah?
Mungkin kita boleh sama-sama kena periksa niat dan iman kita. Senyum.
Jika Benar Anda Seorang Sahabat
Sahabat yang baik ialah sahabat yang tidak boleh duduk diam apabila melihat anda melakukan hal yang salah. Dan sahabat yang baik ialah sahabat yang akan lebih gembira daripada diri anda sendiri apabila anda berjaya dalam apa yang anda lakukan.
Dan sahabat yang terbaik ialah sahabat yang anda, ada dalam doanya selalu.
Jika suatu hari anda menegur sahabat anda demi kebaikannya dan dengan cara yang berhikmah, tetapi selepas anda memberi teguran itu, anda malahan ditengking. Mungkin juga lantaran ego dan sahabat itu malu pada anda, maka dia menjauhi anda.
Maka, apa yang anda akan buat? Berkecil hati?
Berbalik pada niat anda menegur. Sebab apa anda tegur? Jika teguran anda itu semata-mata kerana ALLAh dan kerana sayang pada sahabat anda, maka anda tidak akan berkecil hati walaupun ditengking. Dan anda juga tidak akan turut menjauhkan diri walaupun anda dijauhi.
Senang cakap, anda akan berkelakuan seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Seorang guru saya pernah berkata,
“Sekali kamu bersahabat, biar kamu pegang persahabatan itu sampai mati. Persahabatan itu bukan selalu indah, ada masa suram, bergelora. Kalau kamu mengharapkan persahabatan yang sentiasa tenang, janganlah kamu bermimpi disiang hari yang malamnya tidak pernah menjelma..”
Dan saya akui kata-kata guru saya itu. Moga beliau disayang ALLAh SWT!
Dalam kitab Ihya ‘Ulumuddin, mengenai persahabatan, Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tingkat yang tertinggi ialah melebihkan sahabat itu dari diri sendiri. Saya bagi contoh mudah dan biasa.
Anda belum makan. Lalu anda pergi beli makanan untuk dijamah. Tiba-tiba anda teringat sahabat anda yang seperti anda, juga belum makan. Duit yang anda bawa cukup-cukup untuk membeli sebungkus nasi yang hanya cukup untuk seorang. Sahabat anda itu pula, juga tiada duit. Tetapi, kerana teringat sahabat, maka anda bawa makanan itu dan bagi pada sahabat anda. Lalu anda berkata, anda sudah makan.
MashaAllah. Mungkin contoh diatas tak sedahsyat mana pun. Senyum.
Mampu tak anda berbuat demikian? Mementingkan sahabat berbanding diri sendiri. Itu tingkat yang paling tinggi dalam persahabat. Manakala tingkat yang paling rendah dalam persahabatan adalah bersangka baik terhadap sahabat sendiri.
Malah, sampai satu tahap, apabila anda dimaki oleh sahabat sendiri lantaran emosinya tidak stabil, anda juga tidak berkecil hati. Dan anda cuba untuk memahami. Bahawa sahabat anda itu sedang ada masalah. Maka anda bersangka baik.
Nampak seperti orang bodoh? Naaa. Tidak bagi saya.
Saya cukup hormat pada sahabat yang seperti ini. Kata orang, 1 dalam 1000!
Sahabat Itu Juga Manusia
Dalam persahabatan itu, harus bertolak ansur. Saya nak cakap, bersahabat sama seperti sebuah perkahwinan. Anda mesti pandai memilih sahabat yang baik. Kerana sekali bersahabat, anda nak selamanya bersahabat. InshaALLAh!
Antara sahabat, saling melengkapi. Jika si A seorang yang selalu emosi, maka si B tolong bertolak ansur menenangkan si A. Tapi itu bukanlah menjadi tiket si A untuk tidak pandai mengawal emosinya.
Hei sahabat, hargailah sahabat yang anda ada sekarang! Senyum.
Saya sebetulnya, masih berusaha menjadi seorang sahabat yang bukan hanya sahabat setakat di bibir sahaja. Atau pada tulisan sahaja. Tetapi pada hati dan perwatakan. Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Moga saya mampu.
Pssst! Kita jadi sahabat, boleh? *rangkulbahudia*
Sayangi sesiapa sahaja, dan jangan membenci sesiapa.
Hanya perkongsian untuk diri sendiri terutamanya. Perkongsian dari seseorang yang berusaha menjadi sahabat yang baik.
Sahabat yang baik menjadi penyeri hati!
Semoga ALLah merahmati.
Sumber :http://cintailahi.com/motivasi/jika-benar-kamu-sahabatnya/

Friday, April 12, 2013

..Semoga MELIHAT kebahagiaan orang lain yang tidak pernah kita kecapi itu, masih mampu membuat kita TERSENYUM, REDHA dengan ketetapanNYA, SABAR dengan ketentuanNYA, dan BERSANGKA BAIK dengan aturanNYA..

InsyaAllah, semoga dalam KEKURANGAN dan KEPAYAHAN..kita masih mampu MENDOAKAN kesejahteraan insan lain..semoga tidak timbul iri hati dan dengki,
semoga yang lahir dari sudut hati adalah DOA yang TULUS dan BISIKAN IKHLAS,
“saya tumpang bahagia” 

>>> Semoga melihat kebahagiaan orang lain itu, menjadi KEBAHAGIAAN buat
kita..
Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah hendaklah mengamati bagaimana dia mendudukan Allah dalam dirinya.
Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana hamba menempatkan kedudukan Allah pada dirinya. 

(HR Al Hakim)

Thursday, April 11, 2013

Hati ini...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Jumaat buat sahabat semua...

Seringkali hati kecil mengadu sakit, 
seringkali jiwa meratap hiba. 
Dugaan dan ujian hadir bertimpa-timpa,
kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Adakala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan kerana menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan. Lantas kita marah kepada Ilahi, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, kelam di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai jalan penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Allah hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Rabb tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya dari benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan ciptaan Tuhan.

Seringkali juga kita tertanya mengapa tidak ada hujan turun berpanjangan atau gemerlap sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti gelap hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Allah hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti.
In shaa Allah.
Yakinilah pada diri
Yakinlah pada ILAHI RABBI...

SERAHKAN HATI DAN CINTAMU KEPADA ALLAH...


Jika cinta manusia yang kau cari dengan kehendak sendiri,
maka boleh jadi suatu hari nanti cinta itu akan melukai..

Tapi jika ALLAH yang menitipkan cinta kepada seseorang untuk kau cintai..

Maka Insya ALLAH cinta itu akan membawamu pada kebahagiaan sejati tanpa harus melukai..

Dan tidaklah ALLAH memberi cinta yang diRidhai kecuali melalui akad yang suci..

Oleh karena itu tidak usahlah kau habiskan waktumu dengan menyibukkan diri untuk selalu mencari cinta manusia..

Karena cinta sejatimu ada dalam genggaman ILLAHI..

Maka cukuplah kau serahkan dan kau titipkan hatimu dan cintamu pada ILLAHI dengan kecintaanmu pada_NYA..

Biarkan ALLAH yang memilihkan cinta dan seseorang yang terbaik untukmu yang dapat membawamu pada akad yang suci dalam Ridha ILLAHI..

Kerana sesungguhnya ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik untukmu sedangkan kau tidak mengetahuinya..

Dan apa yang menurutmu baik maka belum tentu baik menurut_NYA..

Wednesday, April 10, 2013

Teguran itu pahit

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/320027_146080802235690_1816450226_n.jpg
Kadangkala, Allah menegur kita melalui lisan pengkritik yang pedas. 
Lantas, jiwa kita akan terasa kerana pedasnya kritikan/teguran orang itu kepada kita.

 Persoalan, apakah kita menyambutnya dengan perubahan, 
atau sekadar menghentam semula pengkritik yang Allah hantarkan kepada kita dek kerana malu dengan kritikan/teguran itu tadi?

 Jiwa pasti akan terasa pedih, tapi sambutlah dengan perubahan. penegur itu hanya berniat agar kita semua selamat. Islam itu selamat dan menyelamatkan. percayalah, kasih sayang Allah sentiasa mndahului kemurkaan-Nya..:)