Pages

Tuesday, April 9, 2013


Ramai yang bersungguh-sungguh dalam beribadah, namun tidak memperoleh hasilnya. Ramai yang ingin berbuat baik, namun tidak memperoleh ganjarannya. Soal ibadah itu bukan atas dasar 'suka-suka, rasa-rasa dan nampak baik', namun haruslah mengikut apa yang digariskan oleh Allah dan RasulNya.

Berkata Ibnu Mas'ud radhiyallahu 'anhu ketikamana beliau masuk ke masjid dan melihat sekelompok manusia yang berzikir menggunakan biji batu :

وكم من مريد للخير لن يصيبه ! إن رسول الله صلى الله عليه وسلم حدثنا أن قوما يقرؤون القرآن لا يجاوز تراقيهم .

"BETAPA RAMAI orang yang MENGINGINKAN KEBAIKAN tetapi mereka TIDAK mendapatkannya. Sesungguhnya Rasulullah SAW mengkhabarkan kepada kami, akan ada satu kaum yang membaca al-Quran tetapi tidak melepasi kerongkong mereka (tersekat dan tidak sampai daam hati)

وأيم الله ما أدري لعل أكثرهم منكم ثم تولى عنهم

Demi Allah, Aku tidak tahu sekiranya yang ramai di kalangan mereka (yang tidak memahami al-Quran) ramainya daripada kelompok kamu ini!"

Kemudian beliau berpaling dan meninggalkan mereka.

فقال عمرو بن سلمة : رأينا عامة أولئك الحلق يطاعنونا يوم النهروان مع الخوارج

Telah berkata Amru bin Salamah: Kami melihat kebanyakan mereka ini memerangi kami pada masa perang Nahrawand bersama kaum Khawarij.

[HR al-Dailami dan disahihkan oleh al-Albaani]



No comments:

Post a Comment