Pages

Thursday, January 3, 2013

Kemudahan Yang Menyusahkan...

Facebook, Blog, Handphone 3g, dan seumpamanya adalah bentuk-bentuk kemudahan yang dihasilkan oleh manusia untuk mengindahkan dan memudahkan lagi kehidupan seharian kita di abad ini. Banyak perkara menjadi pantas dan segera dengan adanya pelbagai gadjet yang ada di pasaran.. Untuk golongan muda,mereka pasti tidak duduk diam apabila melihat barangan2 ini... Keinginan untuk memiliki barangan tersebut pasti membuak2....



Itulah hakikat jiwa remaja,ingin mencuba sesuatu.. Tp jika penyakit ini  merebak ke jiwa remaja tambahan pula mahasiswa/wi,ini amat merbahaya... Pastinya duit pinjaman PTPTN anda akan menjadi mangsa nafsu anda kan?? Alhamdulillah, pada mereka yang memilihnya sebagai ruang berdakwah kepada manusia lain, meluaskan hubungan dan jaringan (network), merapatkan ukhwah yang jauh dan berkasih sayang sesama manusia. Namun , adalah amat mengecewakan apabila kecanggihan teknologi ini lebih menjadikan penggunanya banyak membuang masa, chatting yang tiada hadnya dengan isi perbincangan yang lebih ke arah 'merapuh' dan sia-sia. Hanya 'borak kosong' sebagai kesimpulan dan point ceritanya. Hal ini, sebenarnya  meragut nilai-nilai murni dan kesedaran sivik pengguna yang mejotirinya banyak berlaku di kalangan anak-anak muda



Di sebalik kebaikan padanya juga ada keburukan. Semuanya terletak pada diri pengguna itu sendiri sejauh mana ianya digunakan. Teknologi ini adakalanya membunuh fitrah manusia, kerana semakin ianya mudah untuk menghubungkan seseorang dengan seseorang yang lain, maka semakin besarlah cabaran yang tersedia. 

Dengan kemudahan komunikasi yang semakin meluas, ianya juga seakan memberi ruang kepada 'syaitan' untuk menyelinap di hati, membakar-bakar emosi dan nafsu yang pada mereka yang suka mencuba. Daripada cubaan 'berkenal-kenalan' sehinggalah cubaan ke fasa yang lebih menyeronokkan. Pada mulanya 'bersendirian' dan apabila adanya 'pertemuan' demi 'pertemuan', maka tidak mustahil akan ada pula adengan yang mungkin sahaja lebih 'berani' dilakukan.



Ayuh! Sama-sama kita manfaatkan kemudahan ke arah yang lebih baik demi maruah agama dan keluarga, ke arah menjadi mukmin yang berjaya! Ketika azan berkumandang, tinggalkanlah dahulu 'kemudahan-kemudahan' dunia yang mengasyikkan kerana ianya hanyalah bersifat sementara.
Jangan hanya kemudahan itu dapat memberikan kemudahan untuk kita di dunia sahaja, tetapi 'menyusahkan' diri kita apabila berada di alam yang lebih abadi nanti asbab diri kita sendiri yang 'kurang bijak' menggunakannya. 
"Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu' mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya"
(Surah al-Mukminun ayat 1-3)

No comments:

Post a Comment