Pages

Monday, November 26, 2012

Ketenangan itu sebenarnya ada dimana2....

Lama sudah rasanya meninggalkan ruangan blog ini,laju ja tangan ni log in FB tp bila nak log in Blogger..huh!! lambat bangat.. Sejak2 keluar dari Maahad,banyk wilayah dan gudang yg diredah untuk menimba pengalaman.Tapi,masih gagal untuk ku terapkan rasa kayakinan dalam diri apabila melakukan sesuatu kerja.... Tp,tu x bereerti aku akan kalah disitu... 'Mind Set" jiran2 kawan2 sekeliling harus dibuktikan     
dengan ikhlas kerana Allah,Bukan kerana mereka....

Dari Maahad ke Hal Ehwal Sekolah Agama(HESA) ku timba ilmu di situ berkaitan hal2 pejabat dalam masa yg sama ku curahkan jua bakti di Sek Agama Integrasi Faizin(SAIF) sebagai warden... Melayani telatah kanak2 tiap2 hari..Menguruskan mereka ke sekolah.. Tepat jam 9,kakiku pantas bergerak ke HESA... Tahu x HESA tu apa?? ok.. Untuk Keterangan lanjut bleh layari laman web HESA ni..(  http://hesakedah.org/ )  FB  ( Pertubuhan HESA Kedah)

6 Bulan di situ,jujur rasa mcm duk dalam gudang... Lbih rasa bersyukur lagi sebab bleh knai sekolah2 Agama kat Kedah disamping mengenali ramai insan2 yg hebat dalam memperjuangkan kebenaran... Slama ni knai Sekolah2 Agama dekat Area pokok Sena ja.. KIDU,Maahad Derang erm da la yg lain2 lagi... Allah,peliharalah lubuk2 tarbiah Insan ini...... Kemudian, ke SRIDU Tandop plak.Menimba ilmu sebagai editor ( majikan yg Sama dgn HESA,cuma di bidang lain).. Best suasana kat situ,kanak2 yang terdidik... Disitu ku berasa seolah2 berada di ladang tarbiah ~teringat balik kat Maahad~ .x dapat nk ceritakan,bestnya duk situ... 

And last skali,masuk balik ke Dunia Pelajar di KUIN. Kini berdiri nya saya sebagai Pelajar Tahun 1 Usuluddin di KUIN... Berita kemasukan ku ke KUIN sampai ke Pengerusi Hesa dan Bendahari Hesa.. Amanat Terakhir mereka  " Xpa,Aini p mengaji dulu...kutip ilmu ,dah habis nanti sambung khidmat Di sini balik (HESA) "... Terpana seketika, Terima Kasih Ya ALLAH......

Tu la manusia kan? ada perjalanan hidup masing2... xda siapa yg membawa hala tuju kita melainkan kita sendiri berbakalkan panduan,ilmu dan tunjuk ajar org2 sekeliling... teringat kata2 penulis terkenal PHAHROL MAD JOUI  " apa yg kita lakukan itu adalah hasil daripada apa yg kita fikirkan"... Apa yg penting skang  ~mcm wonderpet plak~ ikhlaslah kita dalam melakukan apa2 yang bakal mendapat keredhaan.. Insyaallah,kita akan mendapat ketenangan yg luar Biasa... Disiini ada sedikit perkongsian tentang hati dan jiwa ni ~ Bukan sama je ke?? ermmm ~  tapi awas,ni bukan hasil penulisan empunya blog ni sebab hanya di copy & paste untuk bacaan kite bersama... Slamat membaca :)



HATI atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati boleh baik dan jahat.

Rasa senang apabila ia dipuji.

Rasa menderita apabila di keji.

Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.

Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.

Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.

Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.

Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.

Rasa dendam apabila orang menganiayainya.

Simpati dengan orang susah.

Rasa keluh kesah apabila dapat susah.

Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.

Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.

Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.

Lihat apa kata Allah tentang hati.

Firman Allah: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya. " (Asy - Syams: 9)

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - A'la: 14 - 15)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)

Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang

1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.

Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.

Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.

Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya. Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.


sumber:http://epiloghearty.blogspot.com

Wallhaualam,apa yg baik datang dri Allah dan yg buruk itu datang dari saya sendiri... 

No comments:

Post a Comment