Pages

Thursday, October 27, 2011

Adakah Kau Lupa??


Ya…benar apa yang dikatakannya…Islam dahulunya pernah melahirkan ribuan malahan jutaan para Ilmuan Islam yang menguasai berb
agai bidang sehingga buku-buku yang ditulis oleh mereka menjadi rujukan sehingga kini.
“Kebangkitan Islam merupakan satu episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia. Ia lahir di bumi yang tidak terkenal kemudian dalam jangka masa hanya satu abad ia berkembang hingga menguasai separuh alam”


(A.M. Lothrop Stoddard)

Semua kehebatan ini bermula daripada minda. Lihatlah ayat al-Quran pertama yang memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan kemantapan akal fikiran (minda) iaitu iqra. Allah s.w.t. berfirman:

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”


(surah al-Alaq, ayat 1-5)


Tidak teringinkan kah kita untuk menjadi pewaris Ilmuan Islam yang terdahulu??? Tidak terdetikkah di hati kita untuk cuba mengembalikan Zaman kegemilangan Ilmu dahulu??? Tidak terasakah di hati kita untuk menyahut seruan jihad ini??? Tepuk dada, tanyalah diri Wahai Pejuang Ilmu………………………….

“menuntut ilmu adalah suatu perkara yang diwajibkan ke atas setiap muslim”


(Hadis riwayat Ibn Majah)

Ku terasa sebak kerna hatiku bukan sahaja di sapa dengan “nur” malah mengingatkan kembali perjalanan hidupku sebelum ini yang tidak pernah terhenti dari berbagai ujian dari_Nya malah bertalu-talu pula yang datang ibarat bertih jagung yang sudah masak. Semua itu menguatkanku untuk bangun dan terus berlari mengejar cita-cita dan impian serta matlamatku yang satu. Alhamdulillah Ya Allah….

Kenanganku berada dalam “dunia kegelapan” seperti yang ku ceritakan dalam catatan yang lepas merubah perjalanan pengembaraanku yang punya berjuta cita-cita dan impian namun matlamat yang satu iaitu “ingin bertemu dengan KEKASIH dan Idola hatiku”.
Hanya dengan ILMU ku mengenali_NYA,



Hanya dengan ILMU ku mengetahui kebesaran_NYA,

Hanya dengan ILMU ku terasa dekat dengan_NYA,

Hanya dengan ILMU ku sentiasa jatuh cinta kepada_NYA,
Hanya dengan ILMU……

Terus melangkah gagah wahai pejuang Ilmu, berbekalkan strategi perang dalam menguasai berbagai bidang ilmu, tangkas dalam membuat percaturan melalui pena dan tinta mu di medan ilmu….usah gentar kerna engkau sedang menuju jihad fi sabilillah….

No comments:

Post a Comment