Pages

Thursday, June 9, 2011

Musafir Membuahkan Pengalaman

Alhamdulillah,setelah agak sekian lama menyepi inginku kongsi pengalaman yg bermakna dalam hidup..Setelah Tamat peperiksaan STAM,Kem Anak Soleh menjemput diri ana untuk mencurahkan bakti bersama2 sahabat lain di Sekolah Integrasi Faizin,Guar Chempedak.Kem ini merupakan anjuran Kerajaan Negeri..Setelah tamatnya Kem itu,ana sekali berpeluang mentarbiah diri dan mencurah kan bakti apabila dtawarkan oleh sahabat2 untuk menyertai Gerak Upu..Ana telah ditempatkan di Pondok Hj Hussien,guar(berhadapan SAIF)..Sekali lagi kaki ini melangkah ke Guar.hehe..Baru ja balik dari Guar masa Kem Anak Soleh,ttiba dapat grak UPU di Guar jgk..Program itu berjalan selama 5 hari...Semasa berada didalam gerak UPU itu,ana telah dilamar oleh seorang sahabat untuk menjadi FC untuk Minggu Orientasi Sebuah Sekolah Agama Rakyat...Berat jgak nk trima Coz takut dimarahi oleh kedua org tua..Keja program ja,x lekat rumah langsung...Tpi setelah mencuba nsib,dapat gak join Program tu...Kiranya lps STAM duk umah dalam 2 minggu ja..xpa la,cuti lama g,duk la umah puas2..kata dalam hati....Habis ja program tu,duk umah ja..mengasuh anak sedara yg semakin membesar..pada 20 Jan,seorang sahabat menawarkan kerja untukku..tp wat endah x endah ja coz xmau keja...nk duk umah..nk blajar masak n menjahait..tpi bila org tua tau tntg ni....depa mendesak supaya menerima kerja ni...nak blajaq memasak n menjahit ni bila2 pun bleh..tu la jwapan org tua..Dengan hati yang berat,paket la balik baju2 dalam beg..Dengar cite keja jga kedai n malam2 jd warden kat SAIF...Aik,SAIF lagi??.huh...mmg rezeki ada kat GUAR la..Tanggal 24 Jan,ana pun berangkat la ke Guar..Sampai disana ,ana dikenalkan dgn Kak Fatimah..eh2..mcm kenal ja..Rupanya jiran ja..hehe..Senang keja la mcm ni..Keesokan hrinya ,ana dibawa jmpa dgn bos(Ustaz Mohamad b. Ismail) dan di interview..hehe..bdk2 sek di interview la plak...emm..Setelah tamat di interview,tetiba ust tu ckap"ustaz mcm penah tgk kamu"..senyum je la,mana x kenalnya jmpa masa program minggu orentasi dulu..Kemudian dtg lagi seorang ustz AIZAT B. ZAKARIA(Pengetuan Maahad Tahfiz Al-Fityan)...ustaz tu ckap "mcm fimiliar ja muka ni"..hah!!..terkedu la jgk..x knai pun Ustaz ni..PAStu,ust Mohammad tlg jwb..."mana x knal nya,geng2 fc ni"..Kemudian barulah ana diberikan penerangan tntg tgas2 ana...PENGAWAI HESA...Wah,hebat nya dengar..Tugasnya agak mencabar,setelah 4 Bulan lebih menimba ilmu pengalaman di HESA..Keluarga menyarankan supaya berhenti sementara menunggu untuk menyambung pelajaran..Banyak pengalaman yg diperolehi,jd s\u wa buat penyata kewangan..tugas yg paling ku takuti...Sepanjang di HESA jg ana berpeluang menyertai pelbagai program2 di bawah HESA ...Selain itu jgk,Ana jg berpeluang menemui dan bermesyuarat bersama Ustaz Ahmad Yahya dan Pengetua2 Sek2 di Bawah HESA dan Tuan2 Guru Pondok...Bersama ini,ana ingin berkongsi dgn antum...Apa itu HESA selain berharap HESA akan terus maju dan mampu melahirkan remja2 yg betul2 menjiwai ajaran ISLAM...

Unit Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) telah ditubuhkan pada 2 April 2008 dalam satu majlis pertemuan diantara para pentadbir Sekolah-Sekolah Agama Rakyat bertempat di Sekolah Integrasi Faizin, Guar Chempedak. Dalam majlis tersebut,semua pentadbir sekolah yang hadir telah bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang berperanan sebagai pengurus kebajikan dan penghubung di antara sekolah-sekolah dengan kerajaan negeri kedah. Hasil mesyuarat tersebut satu jawatankuasa penaja telah dilantik untuk merialisasikan cadangan tersebut.
Berkat doa,daripada semua pihak, HESA akhirnya ditubuhkan dan mula mengorak langkah dengan menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Sekolah Agama Rakyat.
Pada awal penubuhan,sebanyak 21 buah sekolah telah berdaftar dibawah HESA dan seterusnya pada Mei 2010 pendaftaran meningkat menjadi 29 buah sekolah.
Selain itu juga, HESA telah berjaya mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Negeri, bagi membantu sekolah-sekolah agama yang berada dibawah naungannya.
Alhamdulillah, dengan usaha yang berterusan,HESA mula mengorak langkah dan terus maju dalam perjuangan memartabatkan sekolah agama rakyat di seluruh negeri Kedah.

OBJEKTIF PENUBUHAN


· Menjadi tempat rujukan dan aduan sebarang permasalahan yang dihadapi oleh sekolah-sekolah yang bernaung di bawahnya.
· Menjadi penghubung diantara sekolah-sekolah yang bernaung di bawahnya dengan Kerajaan Negeri melalui Lajnah Pendidikan PAS Negeri Kedah
· Membentuk satu kerjasama yang erat di kalangan pentadbir Sekolah-sekolah Agama.
· Menjaga kebajikan semua sekolah yang bernaung di bawahnya.
· Memantau perkembangan dan keperluan semasa semua sekolah yang bernaung di bawahnya
· Membantu sekolah-sekolah dari sudut pemantauan Guru / Penaziran.
· Menganjurkan kursus / latihan kepada para guru.

Menganjurkan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum kepada para pelajar seperti temasya sukan/sambutan hari guru/muhadhorah dan lain2 lagi.

VISI

“ Menyatupadu dan menjaga kebajikan sekolah-sekolah yang berdaftar di bawah HESA samada dari sudut Pengurusan Pentadbiran, Kewangan, Sumber Manusia dan Pembangunan Insan.

MISI


Menjadikan HESA sebagai sebuah NGO yang terunggul dalam memperjuang, mempertahan dan mempromosikan sekolah-sekolah Agama milik rakyat melalui perkhidmatan dan penganjuran yang berkualiti dan berkesan.”

Sehingga kini,terdapt 36 buah Sek dibawah HESA...untuk keterangan lanjut boleh melayari http://halehwalsekolahagama.blogspot.com/ .....atau melalui facebook HESA KEDAH

No comments:

Post a Comment