Pages

Wednesday, September 8, 2010

Syawal Pun Menguak Kelopak..

Senja-senja Ramadan kian sayup
perlahan-lahan berarak ke penghujung
sendunya mengalun membuai rasa
mentari syawal pun mula menyingsing hari
terlalu pantas waktu berlalu!
Wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa....
Hanya pada-MU kami memohon
kasih belas dalam rahmat-MU
agar kami terus diberi waktu
punya kesempatan menjengah ramadan bertandang
pada usia ditahun seterusnya
Fajar syawal kian menguak kelopak kemenangan
tanda nafsu berjaya ditundukkan
namun perjuangan bukanlah untuk sepurnama
ia bermula semalam ,esok dan selamanya...

Wahai Al-Khalik,
PadaMu jua kami memohon
agar Kau perteguhkan ikatan iman
biar lasak dan unggul kental jiwa kami
tatkala mendepani musuh nafsu yang tak pernah puas
biar kami tegas dan tegar memugar iman
hanya nur keinsafan yang bakal menang
biar perjuangan syaitan terus kau kalahkan.
Sesungguhnya batas Ramadan dan Syawal itu amat halus
benang pemisahnya sering terungkai di tengah perbezaan
kerana itu,dalam munajat panjang serta doa kudus berteluku
semoga kau himpunkan kami didalam golongan
umatMu yang sentiasa dilimpah dengan rahmat dan Barakah!
Restui lah kami agar ketemu pada Ramadan dan Syawal terus silih berganti!

sumber:anis September 2009

P/S:Kepada seluruh umah islam,selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin andai diri ini ada tersalah bahasa ataupun terkasar bahasa samada perbuatan or percakapan...Semoga AIdilfitri kali ini mengundang seribu keinsafan pada diri kita...Insyaallah...

No comments:

Post a Comment