Pages

Monday, July 12, 2010

DILEMA BERTUDUNG DAN MENUTUP AURAT

Bertudung dan menutup aurat merupakan satu perbuatan yang sama mungkin ada yang bermonolog ''Apa beza bertudung dan menutup aurat???Sama ja...letak tudung atas kepala jugak.."


Jika diteliti mungkinlah seseorang akan menyedari perbezaan dua perkataan ini apabila bertudung hanyalah mengikut adat tetapi menutup aurat itu mengikut syariat...Islam telah menggariskan bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali tapak tangan dan muka sahaja..Tetapi garis panduan itu tidak diambil peduli oleh segelintir masyarakat kini.Apa tidaknya, memakai tudung hanya menjadi trend dan fesyen. Bertudung tetapi berseluar ketat, bertudung baju ketat, bertudung tetapi berlengan pendek, bertudung tetapi memakai skirt singkat, bertudung tetapi berkain belah, bertudung tetapi tidak labuh menutup dada. Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini di dalam masyarakat kita.

Fenomena yang berlaku, nabi kita Muhammad saw telah memperingatkan kepada kita sejak 1400 tahun dahulu.

Bermaksud

“Di akhir zaman akan berlaku di kalangan umatku wanita yang berpakaian seperti telanjang. Atas kepala mereka seperti bonggol unta, laknatlah mereka kerana wanita yang dilaknat”

Hadis tersebut nabi sudah menjangka akan berlaku kepada wanita-wanita dari umatNya di akhir zaman nanti, ada yang memakai pakaian tetapi tidak menutup aurat, nipis sehingga menampak kulit, ketat hingga menampak labu punggung, pinggang, bonjolan buah dada, rusuk dan lain-lain, rambut digubah mengikut fesyen semasa sehingga terjadi seperti bonggol unta yakni tinggi membonggok. Mereka dilaknati Allah di dunia dan menjadi penghuni neraka di akhirat kelak

Apabila seseorang itu bertudung kerana mengikat syariat maka pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk Beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.


"ada orang tutup aurat tapi buat maksiat"
"alah, tutup aurat tapi, hati busuk"
"Buat apa nak tutup aurat kalau xikhlas, hipokrit!"
"Alah yang tutup aurat lagi teruk perangai dari yang tak pakai tudung"
"Alah, iman bukan di aurat"
"i Walaupun tak tutup aurat tapi hati i baik tau, semayang tak tinggal"

ini antara "jawapan-jawapan" yang diberikan apabila disoal kenapa mereka tak tutup aurat.Ya benar,tetapi tidakkah mereka berfikir untuk berubah ....Adakah mahu hidup dalam kejahilan untuk selama lamanya???Mungkin apabila sudah menutup aurat mereka akan berfikir" Aku ni orang Islam,dah bertudung tujuan untuk menutup auart jadi aku perlulah ikut ajaran Islam yang selengkapnya..."Alangkah indahnya jika semua wanita berfikir begini...


Banyak gejala sosial yang berlaku masa kini melibatkan wanita bertudung....Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, jelaslah wanita-wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan Peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.
Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat,malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa. Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan Peredaran zaman. Sementara yang mengamalkan syariat kerena pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu.




Apa yang boleh kita umpamakan disini ialah apabila seseorang itu mati akibat kemalangan,kenapa die boleh meninggal dunia sedangkan die memakai topi keledar???ini kerana dia tidak mengikut peraturan..begitu lah juga dengan bertudung..kenapa die tetap melakukan kemungkaran walaupun die bertudung???kerana die tidak mengikut syariat Islam serta hukum2 Allah...












No comments:

Post a Comment