Pages

Thursday, February 14, 2013

Tegurlah Aku...



hidup ini tidak mudah. :') sepanjang masa kita tak pernah sekalipun terlepas daripada melakukan kesilapan. kita bukan maksum :')

_____________________________
sahabat,
“Jika kau nampak aku buat maksiat,


Tidak kira maksiat mata atau telinga,

Maksiat tangan atau perbuatan,
Maksiat mulut atau perut,
Tidak kiralah apa jenama atau capnya,
Tegur, sebelum hatiku kabur..!




Sekiranya kau yakin aku sudah jauh sekali,

Dari hidayahNya yang pernah aku damba,
Dari ukhuwwah yang pernah membasah,
Dari sentuhan rabbani yang amat aku idami,
Dari obor perjuangan yang semakin kehilangan,
Tegur, jangan biarkan imanku melebur..!

Tegurlah aku, kerana aku mudah lupa.
Tegurlah aku, kerana aku hanya manusia.
Tegurlah aku, kerana aku tak hebat mana,
Tegurlah aku, kerana aku bukan siapa-siapa.
Tegurlah aku, kerana sungguh aku berdosa.
Tegurlah aku, sebelum aku sengsara.
Tegurlah aku, sebelum Izrail mencabut nyawa…!

Dan tegurlah aku wahai sahabat; tidakkah pernah kau dengar, firmanNya yang sudah termaktub?


“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian! Hanya sahaja kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran!”

Sungguh aku rindu dan dambakan pada teguran ikhlas yang mengubat sukma, walau ia merobek jiwa..”


i know...

Apabila kita menegur seseorang itu bukanlah bermakna kita itu adalah lebih baik dari seseorang itu.. inilah salah faham terbesaq yang selalu orang salah faham.. apabila menegur itu dengan niat yang betul, itu adalah kerana kita masih ada rasa hubungan dengan seseorang.. itu bermakna kita masih mengambil berat dan bukanlah untuk merendah-rendahkan ataupun mengcalarkan ego si yang kena tegur (*bahasa apakah ini?hihi..)

Kalau ditegur itu, belajarlah untuk menerimanya dengan hati yang terbuka.. no hard feeling.. biasalah.. siapa yang suka ditegur yer dak? tanya diri sendiri sudaaa... tapi itulah yang dipanggil ego.. belajar rendahkan ego, belajar menerima kekurangan diri adalah salah satu perkara terpayah dan perkara terbesar yang boleh dilakukan terhadap diri dalam kehidupan nih..

bila sampai satu tahap kita tengok orang yang selalu duk tegur kita mula ambik sikap tak-kisah- la-der, apa- lu-nak-buat, lu-buat-jela.. gua-apa-peduli (sorry, panjang sikit nama sikap nih)., haa, waktu tu mu bolehlah nak mula riso sebab orang kalau dah fed up dengan sikap kita yang bila ditegur berulang-ulang tak masuk dalam otak... singgah kejap je kat telinga kanan, keluar telinga kiri dan hilng langsung dari pandangan..

muhasabah diri.. setiap teguran membawa padah kebaikan sebenarnya.. cuma kita je yang perlu bijak dalam mebuat pilihan samada menerimanya dengan hati yang terbuka ataupun dengan perasaan yang nak memberontak je setiap masa.. tengoklah mana satu yang membawa kebaikan.. anda mampu mengubahnya! aicehhh..


* Ya Allah,Jika aku bersahabat jadikan kami sahabat yang saling tegur menegur dalam kesilapan.. Bukan sahabat yg menjatuhkan sesama kami sendiri,bergaduh sesama sendiri & memburukkan sesama sendiri..

* Ya Allah,jika aku jatuh cinta izinkan aku membawa cinta itu dekat dgnMu.. Izinkan aku menjadikan cinta itu medan untuk muhasabah atas kesilapan lalu dan membaikinya dgn izinMu.... 
* Ya Allah,kami sebagai manusia hanya merancang tetapi Engkaulah yang menentukan segalanya.. Ampunkan kami Ya Allah....