Pages

Friday, April 12, 2013

..Semoga MELIHAT kebahagiaan orang lain yang tidak pernah kita kecapi itu, masih mampu membuat kita TERSENYUM, REDHA dengan ketetapanNYA, SABAR dengan ketentuanNYA, dan BERSANGKA BAIK dengan aturanNYA..

InsyaAllah, semoga dalam KEKURANGAN dan KEPAYAHAN..kita masih mampu MENDOAKAN kesejahteraan insan lain..semoga tidak timbul iri hati dan dengki,
semoga yang lahir dari sudut hati adalah DOA yang TULUS dan BISIKAN IKHLAS,
“saya tumpang bahagia” 

>>> Semoga melihat kebahagiaan orang lain itu, menjadi KEBAHAGIAAN buat
kita..
Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah hendaklah mengamati bagaimana dia mendudukan Allah dalam dirinya.
Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana hamba menempatkan kedudukan Allah pada dirinya. 

(HR Al Hakim)

Thursday, April 11, 2013

Hati ini...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Jumaat buat sahabat semua...

Seringkali hati kecil mengadu sakit, 
seringkali jiwa meratap hiba. 
Dugaan dan ujian hadir bertimpa-timpa,
kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Adakala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan kerana menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan. Lantas kita marah kepada Ilahi, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, kelam di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai jalan penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Allah hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Rabb tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya dari benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan ciptaan Tuhan.

Seringkali juga kita tertanya mengapa tidak ada hujan turun berpanjangan atau gemerlap sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti gelap hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Allah hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti.
In shaa Allah.
Yakinilah pada diri
Yakinlah pada ILAHI RABBI...

SERAHKAN HATI DAN CINTAMU KEPADA ALLAH...


Jika cinta manusia yang kau cari dengan kehendak sendiri,
maka boleh jadi suatu hari nanti cinta itu akan melukai..

Tapi jika ALLAH yang menitipkan cinta kepada seseorang untuk kau cintai..

Maka Insya ALLAH cinta itu akan membawamu pada kebahagiaan sejati tanpa harus melukai..

Dan tidaklah ALLAH memberi cinta yang diRidhai kecuali melalui akad yang suci..

Oleh karena itu tidak usahlah kau habiskan waktumu dengan menyibukkan diri untuk selalu mencari cinta manusia..

Karena cinta sejatimu ada dalam genggaman ILLAHI..

Maka cukuplah kau serahkan dan kau titipkan hatimu dan cintamu pada ILLAHI dengan kecintaanmu pada_NYA..

Biarkan ALLAH yang memilihkan cinta dan seseorang yang terbaik untukmu yang dapat membawamu pada akad yang suci dalam Ridha ILLAHI..

Kerana sesungguhnya ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik untukmu sedangkan kau tidak mengetahuinya..

Dan apa yang menurutmu baik maka belum tentu baik menurut_NYA..

Wednesday, April 10, 2013

Teguran itu pahit

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/320027_146080802235690_1816450226_n.jpg
Kadangkala, Allah menegur kita melalui lisan pengkritik yang pedas. 
Lantas, jiwa kita akan terasa kerana pedasnya kritikan/teguran orang itu kepada kita.

 Persoalan, apakah kita menyambutnya dengan perubahan, 
atau sekadar menghentam semula pengkritik yang Allah hantarkan kepada kita dek kerana malu dengan kritikan/teguran itu tadi?

 Jiwa pasti akan terasa pedih, tapi sambutlah dengan perubahan. penegur itu hanya berniat agar kita semua selamat. Islam itu selamat dan menyelamatkan. percayalah, kasih sayang Allah sentiasa mndahului kemurkaan-Nya..:)

Tuesday, April 9, 2013


Ramai yang bersungguh-sungguh dalam beribadah, namun tidak memperoleh hasilnya. Ramai yang ingin berbuat baik, namun tidak memperoleh ganjarannya. Soal ibadah itu bukan atas dasar 'suka-suka, rasa-rasa dan nampak baik', namun haruslah mengikut apa yang digariskan oleh Allah dan RasulNya.

Berkata Ibnu Mas'ud radhiyallahu 'anhu ketikamana beliau masuk ke masjid dan melihat sekelompok manusia yang berzikir menggunakan biji batu :

وكم من مريد للخير لن يصيبه ! إن رسول الله صلى الله عليه وسلم حدثنا أن قوما يقرؤون القرآن لا يجاوز تراقيهم .

"BETAPA RAMAI orang yang MENGINGINKAN KEBAIKAN tetapi mereka TIDAK mendapatkannya. Sesungguhnya Rasulullah SAW mengkhabarkan kepada kami, akan ada satu kaum yang membaca al-Quran tetapi tidak melepasi kerongkong mereka (tersekat dan tidak sampai daam hati)

وأيم الله ما أدري لعل أكثرهم منكم ثم تولى عنهم

Demi Allah, Aku tidak tahu sekiranya yang ramai di kalangan mereka (yang tidak memahami al-Quran) ramainya daripada kelompok kamu ini!"

Kemudian beliau berpaling dan meninggalkan mereka.

فقال عمرو بن سلمة : رأينا عامة أولئك الحلق يطاعنونا يوم النهروان مع الخوارج

Telah berkata Amru bin Salamah: Kami melihat kebanyakan mereka ini memerangi kami pada masa perang Nahrawand bersama kaum Khawarij.

[HR al-Dailami dan disahihkan oleh al-Albaani]








Sesukar mana laluan hidup yang dilalui,


Bergantunglah sepenuhnya kepada ALLAH.

Masa berubah,manusia turut berubah.

TAPI KITA TETAP SELAMANYA HAMBA ALLAH.




Ya Allah,jangan biarkan kami sendirian.Ampunkan dosa kami dan permudahkanlah bagi kami untuk terus istiqomah..


Monday, April 8, 2013


"Menyendiri lebih baik daripada berkawan dengan yang buruk, dan kawan bergaul yang sholeh lebih baik daripada menyendiri. Berbincang-bincang yang baik lebih baik daripada berdiam dan berdiam adalah lebih baik daripada berbicara (ngobrol) yang Buruk."(HR. Al-Hakim)

____________________________

• MARI JADI ORANG BAIK •

• JAGA IMAN - JAGA SHALAT - JAGA AKHLAQ - TUTUPLAH AURAT •

Kadangkala,
Allah memberikan kita air mata untuk menyejukkan gersangnya hati kita.

Allah memberikan kita kesedihan, agar kita tau nikmatnya sebuah keikhlasan…

Bukan Allah merebut kebahagiaan kita, bukan pula Allah mengambil senyum kita..

Namun Allah sedang mempersiapkan pengganti air mata itu dengan yang lebih baik lagi.

Jangan bersedih jika kehilangan sesuatu barang, orang yang dicintai atau apapun.. 

Kerana, disebalik hujan badai akan ada mentari dan pelangi yang menghiasi hari.. 



Sunday, April 7, 2013

Usrah..



Usrah..
kenapa malas datang usrah??
kenapa banyak beralasan untuk datang usrah??
kenapa hati berbolak balik nk datang usrah??
kenapa berat hati nak datang usrah??


kenapa datang usrah berselang seli??




USRAH..tetap..USRAH

kadang-kadang best gile..
kadang-kadang membina semangat yg membuak-buak..
kadang-kadang mengasyikkan..
kadang-kadang penuh dengan gurau senda..
kadang-kadang menundukkan hati yg ego..
kadang-kadang mensyahdukan jiwa..
kadang-kadang menyembuhkan luka perasaan..

Tapi..
sebab apa sekarang ni tak nak datang usrah?
sebab..
usrah sekrang ni boring gile...
tajuk yg dibincangkan pun tak best..
naqibah tak best mcm dulu..
asyik tekan-tekan suruh hafal itu ini..
baca bahan itu ini..
bentang plak asyik org yg sama je kena..
selalu kena marah-marah ..
naqibah asyik nak kejar silibus je..
takde usrahmates yg ceria-caring-lovey dovey mcm dulu..
semua bincang hal sendiri-sendiri..
tak penah nak kongsi cerita..
takde gelak ketawa..semua serius mcm bila-bila je nak kena tembak..

lagi?
Tempat usrah jauh sangat..
susah nak pegi..
selalu buat sampai malam-malam..
penatlah..
keje banyak..
asignment berlambak..test bersusun..dateline dh dekat..
kalau pegi, asyik ckap pasal dakwah..
tarbiyah..
bosan!!

OK..
kalau nak cakap pasal usrah..
kena tahu kenapa kita nak usrah dulu?
kenapa kita dikenalkan dengan usrah dulu?
kenapa?kenapa?

sebab USRAH tu NADI TARBIYAH..
NADI DAKWAH..
apa jadi kalau nadi kita terhenti??
kita mati kan?





Cuba bayangkan kita-kita ni anak usrah as-syahid Hasan Al- Banna??
bayangkan..
ada kita nak buat alasan-alasan mcm di atas??

Mesti kita punya iman berapi-api nak buat dakwah..

hari-hari fikir nk dakwah dimana,

siapa yg kita nak ajak,

kat mana lagi kawasan yg belum ada tarbiah islam..
kawasan mana lagi yg tertinggal..
kawasan mana lagi yg tak cukup orang..
kita hantar jundi kita ke sana..


dakwah jalan mcm ribut puting beliung!

sapa yg lalu depan kita, kita nak dakwah..

sapa yg jalan dgn kita, kita bawak pegi dakwah..

dengar je ada org nak belajar islam,
pasti waktu tu tengah makan pun berhenti,..
cepat-cepat tya sapa org tu, kat mana dia tinggal..
jom, sekrang jugak kita jumpa dia..
pasti hari-hari kita tidur dgn sagt sedikit kerana seronoknya bekerja di jalan dakwah..
betul tak?


Tapi sayangnya..benda ni tak berlaku..


kita ni yang faham manhaj tarbiah yg Imam Hassan Al Banna bawak ni pun penuh keluh kesah..

Usrah Kering kontang..

takdak nyawa..takdak roh..

yang ada jasad-jasad keterpaksaan..
Usrah takde peningkatan..sama je dari dulu..
Usrah mengantuk..bincang tak masuk..
Futur dalam usrah..
sebab niat datang usrah dah lain..
Bukan kerana Allah..
mula-mula datang selang seli..
pastu tak datang terus..
seronok lagi hidup tanpa usrah..
boleh enjoy..
boleh buat banyak benda lain dari pegi usrah dua jam..
usrah buang masa, buang tenaga dan buang duit je..




Tapi apa yg buat orang dulu boleh stay dengan usrah?

kalau nak tau, bukan kita je yg rasa macam tu..

ramai lagi senior-senior kita yang rasa mcm tu..

malah lebih teruk lagi.. 
silibus usrah boleh hafal dari kulit ke kulit..
betapa lamanya berada di fasa yang sama..
tapi kenapa mereka boleh bertahan??


Kenapa ada kakak yg sanggup datang kepada kita jauh-jauh

drive berjam-jam.. 

semata nak jumpa kita yang macam lari tak lari dari usrah..

tu pun tak sampai 10 minit jumpa.. 
takde sepatah pun perkataan dakwah yg keluar!
kenapa dia still contact kita even 20 sms dr dia..
satu je yg kita balas..itupun kita balas "ok"..je


Satu je saya percaya dalam hati..

"Allah yg hantar kakak tu pada saya.."


Ini kisah saya..kisah orang biasa..

saya tau, di luar sana ada ramai lg yg lebih faqih dari saya 

tapi kenapa saya masih boleh berada di jalan tarbiah..

masih boleh ikut usrah..
ada masa saya futur, ada masa sy okey..


saya pernah jugak terfikir tak nak terlibat dgn jalan ni..

tak nak pegi usrah..tak nak pegi pgram..

tau apa jadi dengan saya..??

saya jadi sangat lagho..
futur..
tak semangat nak buat kebaikan..
jiwa kosong..lost!
hari-hari bertarung dengan syaitan..
hati jadi sakit yg tak boleh nk cerita..
sebab walaupun ramai org sekeliling saya, tp tetap sy rasa sunyi..
sunyi sangat..
kadang-kadang cuba sibukkan diri dgn pgram ilmiah yg lain..
tapi tak sama..
TAK SAMA!memang takkan sama!




SAYA TETAP NAK USRAH!

kerana usrah tu sendiri!!

kerana usrah tu ada hatinya sendiri!!


~HATI YG MENGHIDUPKAN HATI YG MATI~


suka @ tak..best ke tak..bosan tahap gaban pun..

biar kena marah, biarlah usrahmates yg tak lovey dovey..

biarlah naqib/naqibah garang mcm singa hutan pun..

USRAH TETAP KENA PEGI!!
usrah tu ada jiwa yg mendidik.. walaupun dapat pegi 10 minit je.
tetap kena datang!
even hidup rasa lengkap dgn suami/isteri, anak-anak, kerjaya yg cantik, rumah yg besar..
usrah tetap kena cari..
sebab roh usrah tu penting untuk dibiaskan pada ahli keluarga! 


Percayalah,

KALAU KITA LARI DARI MEDAN TARBIAH..

KITA SEMAKIN MENDEKATI MEDAN JAHILIAH..


APA YG PERLU BUAT KALAU USRAH TAK BEST??


1. Cari sebab KENAPA kita suka usrah tu..


kena cari jugak at least SATU!


Macam saya, Saya pergi sebab ORANGNYA..

Orang dalam usrah yg sama-sama ditarbiah.. 

OK..dari dulu saya memang nak kakak,saya nak abang..

sebab saya sulung..
jealous kowt, masa balik sekolah, balik asrama, balik matrik, abg2x n kakak2x kawan2x ambik..
abang dia ni kasi hadiah ni, kakak dia belikan itu ini..
Tapi dalam medan tarbiah, saya kenal ramai kakak-kakak..
dapat kakak usrah yg menenggelamkan rasa nak abang..
sampai saya kuburkan terus perasaan nak sorang abang kandung tu..
disebabkan betapa kakak usrah tu caring, lembut, memahami, protect dan ambil hati saya..
sampai saya jd sayang gila kat kakak usrah tu sampai sekrang..
even sekrang usrah saya bukan dgn kakak tu lagi..


Saya kira memang REZEKI saya sebab saya jenis orang yg senang masuk dgn org lain.. 

tapi itu bukan ukuran..yg penting apa yg kita bagi pada usrah tu..

disebabkan saya ni bukan org yg serius, asyik main-main & gelak ketawa je..

samada usrah tu serius, saya yg buat usrah tu jadi sesuatu yg santai dan menyeronokkan..
atau usrah tu memang usrah yg santai dan gila-gila..
dan saya sebagai penambah perisa..
perbincangan yg hangat, cerita yg menyentuh kematangan tarbiah..
dan ahli usrah yg totally understanding tiap-tiap kekurangan kami..
dan kami boleh cerita rahsia secara personally atau terbuka..
Setakat kena marah tu, dah tak jadi hal..
asal dapat jumpa ahli usrah. 


2.Memberi SESUATU untuk usrah


Pengalaman hampir lari dari tarbiah bagi pengajaran untuk saya menghargai..

betul orang kata

"kehilangan mengajar erti menghargai"


Saya cuba beri hati saya pada usrah..

kadang-kadang tak boleh bagi hati..

saya bagi komitmen dgn baca bahan usrah & bentang..

kadang-kadang tak sempat baca bahan..
saya datang demi ukhwah..
saya nak jumpa jugak ahli usrah saya..
Trust me, mesti ada salah sorang dr ahli usrah tu yg rapat dgn kita..
even bukan semua..carilah sorang..
bagi saya, ahli usrah saya adalah kekuatan saya..
kat usrah ni je, saya boleh ambik sedikit kekuatan dan semangat dr diorang..
even saya dtg hanya 10 minit..
saya rasa PUAS..
dari langsung tak datang..
nilai datang 10 minit dgn tak datang langsung memang sgt besar jurangnya.. 


3. BERSABAR/BERLAPANG DADA/BERFIKIRAN POSITIF


Orang kata,

kalau nak sesuatu, gunung depan mata kita boleh tolak..

kalau tak nak, Lamborghini depan mata pun tak nak naik..




Adik-Adikku,kakak-Kakakku yg disayangi

Sahabat-sahabatku yg kukasihi..

Jalan Tarbiah tu memang Allah sediakan dalam keadaan sukar..

susah! letih!
perlu pengorbanan yg bukan sedikit..
tapi Allah juga janjikan nikmat dunia untuk kita..
Nikmat UKHWAH,
ke mana pun kita pergi..
dugaan apa yg kita lalui..
PASTI akan ada insan lain yg menguatkan, mendokong dan menyokong kita..
dan ALLAH lah satu-satunya tempat pengharapan yang tinggi.. 
Di hening malam yang tiada makhluk yang bangun kecuali kita,
kita alunkan ayat-ayat dakwah..
Satu persatu air mata kita gugur dan hati kita yang keras berkarat menjadi selembut mata air.


Bersabarlah, hatta orang yg hebat di jalan dakwah pun struggle mempertahankan usrah mereka

dalam keadaan masa yg suntuk dan sempit..

duit yg mengalir bagai air utk kelangsungan dakwah dan keluarga..

penat jgn cakap, letih jgn kira..
tapi syurga yg dijanjikan itulah yg masih menguatkan langkah..
masih membuatkan mata yg terpejam keletihan masih boleh dibuka..


Berlapang dadalah dengan kekurangan naqib/naqibah dan ahli usrah..

mereka juga berusaha yg terbaik untuk kita..

hargailah mereka dgn menghadirkan diri kita ke usrah..


4. UNTUK SAHABAT


Untuk sahabat diluar sana..

mungkin ada yg pernah ikut usrah, tp dah lama tinggalkan..

mungkin ada yg baru tergerak nak pegi usrah..

mungkin jugak yg mengalami situasi ini..

CARILAH KEMBALI USRAHMU!


YA!carilah balik usrah kita yg dulu..

hidupkanlah balik hati-hati kita..

Biar hati kita merah kembali dengan darah tarbiah..

biar hati kita segar kembali dengan ukhwah..
Biar hati kita terikat kembali dengan akar akidah..
Biar roh-roh kita ini bersatu di Jannah!




****************************************************************************


Pernah ke anda terfikir,

Kalau kita meninggalkan jalan dakwah ini..

kemana kita nak pergi?

dimana penghujung hidup kita?