Pages

Thursday, January 10, 2013

Indahnya...


~✿..Indahnya jika dapat jadi WANITA YANG SEDERHANA

 yang BELAJAR mencintai Allah, 

belajar mencintai Rasulullah,

 dan belajar mencintai akhirat..

ditambah lagi jika ada “PENDAMPING” yang sama-sama belajar untuk MEMPERBAIKI DIRI,

 menjadi terindah dan sangat TERINDAH pada pandangan Ilahi,

 subhanAllah..✿~

Wednesday, January 9, 2013

Orang Kata ,Atuk kata,Aku rasa...


ORANG KATA.. enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA.. orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA.. betul jugak tu..
ORANG KATA.. exams tu susah,
kena banyak sacrifice,
constant study..past year papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA.. exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!
ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..
AKU RASA.. betul jugak tu..
ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..
baru hati puas!
ATUK KATA.. ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak ‘book’ tempat Al-Firdaus?
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. successful people have a good time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!
ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA.. err..betul jugak tu..

Monday, January 7, 2013

Mengimbau Kisah Memali


Hari ni,macam biasa ku habiskan masa dengan fb dgn penuh khusyuk... Hatiku tertarik dgn satu post berkaitan memali... Allahu,kejamnya mereka...disini  Ana kongsikan Post tu di ruang blog ni untuk tatapan semua ..


MEMALI - RINGKASAN KISAH...

untuk generasi baru yang tidak tahu apa2 mengenai tragedi memali, meh sini aku cuba ringkaskan tentang apakah yg berlaku pada tarikh berdarah 19 November 1985 itu.

1) Ustaz Ibrahim bin Mahmud (Ibrahim Libya) adalah seorg pendakwah yang disegani pada masa itu. Pernah berkhidmat dengan Pusat Islam Malaysia sebelum berhenti kerja bagi menumpukan kepada kerja2 dakwah secara bebas dan gerakerja bersama Pas.

2) beliau adalah org yang amat lantang menentang dan membantah kerajaan yang pada ketika itu begitu sekular dan bejat serta melakukan kezaliman terutamanya dari aspek agama Islam. Kehebatan pidato beliau menarik minat beribu umat yang khusyuk mendengar taujihat dan ilmu yang disampaikan. Pusat kuliahnya adalah di Kampung Memali, Baling, Kedah.

3) perkembangan ini amat tak disenangi kerajaan yang pada ketika itu diketuai oleh Tun M (PM masa tu) dan Tun Musa Hitam (TPM dan juga menteri dalam negeri).

4) dalam usaha untuk menghentikan pengaruh Ibrahim Libya, pelbagai tohmahan dan penipuan telah disebarkan oleh kerajaan melalui media2 seperti melabelkan Ibrahi Libya dan pengikutnya sebagai pengamal ajaran sesat dan seumpamanya.

5) merasakan tak cukup dengan melabelkan Ibrahim Libya - semakin ramai yang menghadiri ceramahnya - maka alasan demi alasan mula direkacipta oleh kerajaan untuk menangkap Ibrahim Libya.

6) akhirnya kerajaan dengan kerjasama polis, FRU dan pasukan polis hutan mula mengepung kampung memali. sepanjang seminggu kepungan, bilangan pasukan keselamatan yang berkampung di situ mencecah 3,000 orang. masing2 lengkap bersenjata bersama2 dengan pelbagai kelengkapan lain seperti kereta2 perisai, lori water cannon dan sebagainya. seolah2 mereka sedang bersedia nak berperang dengan komunis.

7) itulah antara tohmahan yang disebarkan di kalangan anggota polis - ada diantara mereka yang diyakinkan bahawa operasi ini adalah utk menggempur saki baki komunis. tetapi dalam masa yang sama, ada juga yang mengetahui mereka bukanlah merempuh komunis sebaliknya hanya menentang penduduk sebuah kampung yang hanya dilengkapi senjata kampung - parang, pisau, bulu ayam - tapi dek kerana arahan, depa terpaksa ikut.

8) rundingan demi rundingan cuba dilakukan oleh penduduk kampung - yang terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak2 - tapi buntu. bagi pasukan polis, arahan jelas daripada KDN adalah utk menghapuskan Ibrahim Libya - hidup atau mati.

9) akhirnya selepas subuh, polis melancarkan serangan. apalah sangat senjata parang dan pisau jika dibandingkan dengan pistol dan sub machine-gun. apalah sangat kederat makcik2 kampung berbanding dengan polis yang memang dilatih khas.

10) pada mulanya, polis melepaskan gas peedih mata. seorang kanak2 yang terkena gas tersebut pengsan dengan mulutnya berbuih. kejadian itu menaikkan kemarahan seorg penduduk kampung bernama cikgu shafie yang nekad membalas kezaliman polis namun dia ditembak sebelum sempat dia merapati polis. bermula dari situ, serangan pun dilancarkan bertai arus.

11) selepas zohor, serangan pun dihentikan. 14 orang disahkan mati dengan ramai lagi cedera. operasi pembersihan segera dilakukan agar kejadian itu terlindung dari pengetahuan orang ramai. cerita sebenar terus dipastikan tidak sampai pada pengetahuan umum.

al fatihah untuk para syuhada memali.
SUMBER: Faiz Al-Hajari (FB)

Link ini mencerikan lebih lanjut berkaitan peristiwa tersebut...

http://www.youtube.com/watch?v=bOaGU_AsZmc

Mata Tidak Disentuh Oleh Neraka..



Bismillahirrahmanirrahim

“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah”. [Imam al-Tirmizi]

Latih diri kita menangis kerana takutkan azab Allah...
Gunakan nikmat pandangan yang Allah beri pada perkara yang Dia redha, jangan disalahguna, kerana ia amanah dan Allah HARAMKAN API NERAKA menyentuh 2 mata tersebut.

Begitu mudah mengelak api neraka namun tidak semua punya kekuatan menjaganya.
Sama-sama kita cuba, ampunkan kami Ya Allah...

Oleh: Dr.Graphic

Sumber: Lukisan Dakwah (FB)

Saturday, January 5, 2013



Ada airmata dibalik SENYUMAN,

Ada kasih sayang disetiap Amarah.

Ada pengorbanan disetiap KETIDAKPEDULIAN,
Ada harapan dibalik setiap KESAKITAN,
Ada kekecewaan disetiap derai tawa.

Ingat,kita bukan satu satunya manusia dengan segudang masalah..

TERSENYUMLAH..
Kerana senyum mampu membasuh setiap luka.



MAAFKANLAH..
Kerana maaf mampu menyembuhkan semua rasa sakit.

Hanya ada ALLAH tempat segalanya bermuara,
KepadaNya kita berserah atas segala pinta.

Thursday, January 3, 2013

‎~ BOLEH KAMI TEGUR SIKIT TAK ??

~ ‎~ BOLEH KAMI TEGUR SIKIT TAK ?? 


● Tidak ada sesiapa yang akan BERBANGGA dengan status "IN A RELATIONSHIP" anda di facebook .. walaupun ANDA dan DIA sudah bertunang ..

● kalau PERTUNANGAN itu pun disuruh RAHSIAKAN .. apatah lagi jika ANDA dan DIA langsung tiada apa² ikatan dan sekadar BERMAIN PERASAAAN ..

● bangga sangatkah mempamerkan PERLANGGARAN hukum ALLAH ?? bhentilah dari status "IN
A RELATIONSHIP WITH"
dengan kaum ADAM/HAWA yang BUKAN MAHRAM ..

● lebih parah jika sampai tahap status "MARRIED WITH" yang tergamak dipaparkan dengan lelaki yang TIADA IKATAN SAH disisi ISLAM ..

● apabila HILANG SIFAT MALU dalam diri seseorang .. maka hilanglah kesemua ADAB dan AKHLAKNYA terhadap MAHA AGUNG dan MANUSIA .. tidak segan lagi tuk BERBUAT MAKSIAT ..

BERMULA SEBUAH KEBAIKAN ^__^

Kemudahan Yang Menyusahkan...

Facebook, Blog, Handphone 3g, dan seumpamanya adalah bentuk-bentuk kemudahan yang dihasilkan oleh manusia untuk mengindahkan dan memudahkan lagi kehidupan seharian kita di abad ini. Banyak perkara menjadi pantas dan segera dengan adanya pelbagai gadjet yang ada di pasaran.. Untuk golongan muda,mereka pasti tidak duduk diam apabila melihat barangan2 ini... Keinginan untuk memiliki barangan tersebut pasti membuak2....



Itulah hakikat jiwa remaja,ingin mencuba sesuatu.. Tp jika penyakit ini  merebak ke jiwa remaja tambahan pula mahasiswa/wi,ini amat merbahaya... Pastinya duit pinjaman PTPTN anda akan menjadi mangsa nafsu anda kan?? Alhamdulillah, pada mereka yang memilihnya sebagai ruang berdakwah kepada manusia lain, meluaskan hubungan dan jaringan (network), merapatkan ukhwah yang jauh dan berkasih sayang sesama manusia. Namun , adalah amat mengecewakan apabila kecanggihan teknologi ini lebih menjadikan penggunanya banyak membuang masa, chatting yang tiada hadnya dengan isi perbincangan yang lebih ke arah 'merapuh' dan sia-sia. Hanya 'borak kosong' sebagai kesimpulan dan point ceritanya. Hal ini, sebenarnya  meragut nilai-nilai murni dan kesedaran sivik pengguna yang mejotirinya banyak berlaku di kalangan anak-anak muda



Di sebalik kebaikan padanya juga ada keburukan. Semuanya terletak pada diri pengguna itu sendiri sejauh mana ianya digunakan. Teknologi ini adakalanya membunuh fitrah manusia, kerana semakin ianya mudah untuk menghubungkan seseorang dengan seseorang yang lain, maka semakin besarlah cabaran yang tersedia. 

Dengan kemudahan komunikasi yang semakin meluas, ianya juga seakan memberi ruang kepada 'syaitan' untuk menyelinap di hati, membakar-bakar emosi dan nafsu yang pada mereka yang suka mencuba. Daripada cubaan 'berkenal-kenalan' sehinggalah cubaan ke fasa yang lebih menyeronokkan. Pada mulanya 'bersendirian' dan apabila adanya 'pertemuan' demi 'pertemuan', maka tidak mustahil akan ada pula adengan yang mungkin sahaja lebih 'berani' dilakukan.



Ayuh! Sama-sama kita manfaatkan kemudahan ke arah yang lebih baik demi maruah agama dan keluarga, ke arah menjadi mukmin yang berjaya! Ketika azan berkumandang, tinggalkanlah dahulu 'kemudahan-kemudahan' dunia yang mengasyikkan kerana ianya hanyalah bersifat sementara.
Jangan hanya kemudahan itu dapat memberikan kemudahan untuk kita di dunia sahaja, tetapi 'menyusahkan' diri kita apabila berada di alam yang lebih abadi nanti asbab diri kita sendiri yang 'kurang bijak' menggunakannya. 
"Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu' mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya"
(Surah al-Mukminun ayat 1-3)