Pages

Tuesday, September 27, 2011

Nasihat Sepanjang Zaman

Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.

Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.

Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusan-Nya.

Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.

Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.

Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.

Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.

Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.

Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.

Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, September 20, 2011

Tunggu Dapat Hidayah?

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." (Surah ar-Ra'd 13:11)

Di sini, kita mengerti bahawa perubahan itu akan wujud melalui usaha daripada diri kita sendiri. Jikalau kita tidak memulakan langkah untuk berubah, maka kita akan selamanya berada di takuk yang lama.

"Insya-Allah nanti bila sudah dapat hidayah saya akan pakai tudung."

Ini hanya contoh jawapan yang 'cliche' bila ditanya mengenai pemakaian tudung. Ada banyak lagi ayat-ayat yang sering diungkapkan kita demi untuk menepis segala soalan masyarakat mengenai diri kita atau sikap kita. Walhal hidayah tidak datang kepada kita, kita yang sepatutnya mencari hidayah Allah!

"Dah tua nanti aku berubah lah weh!"

Ini lagi satu contoh. Kalau hati sendiri telah set kan bahawa anda memang tidak mahu berubah, bagilah seribu tahun pun kehidupan.. anda rasa anda akan berubah? Tidak sama sekali!

Untuk berubah, individu tersebut perlukan keinginan, ketetapan dan keteguhan hati.

Kenapa kita lihat banyak manusia yang mahu berubah ke arah kebaikan kecundang di tengah jalan transformasi?

Ini berkemungkinan besar kerana mereka punyai keinginan untuk berubah tetapi hati mereka tidak cekal dan tidak tetap untuk berubah!

Namun, jika hendak seribu daya jika tidak mahu seribu dalih. Hati itu asbab dan punca. Jika ia kuat maka akan kuatlah kita, jika tidak, kalahlah kita.

Berubah itu kaitannya hati dan jika hati itu tidak kuat, punya nawaitu yang tidak tetap dan masih ada walau sekelumit keinginan untuk mengulangi sikap lampau kita, maka susahlah manusia itu untuk menetapkan diri pada perubahan.

Hati itu juga berkait dengan anggota. Anggota itulah yang bakal meneguhkan hati. Demikian, apabila bertemu keinginan yang lama, mata tidak boleh memandang, kaki tidak boleh mengekori dan tangan tidak boleh beragak-agak untuk menyentuh atau melakukan.

Sekali lagi saya ingin tegas kan kepada saudari dan saudara marilah kita hayati akan maksud di sebalik Firman Allah ini:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."
Surah ar-Ra'd 13:11

Sekiranya jalan yang kita lalui itu sukar ketika kita ingin berubah, maka sebenarnya itu lebih baik daripada anda kembali bergelumang dengan selut dan lumpur di jalan lama. Ingat, ini hanya dunia. Berubahlah ke arah kebaikan untuk Akhirat yang kekal abadi. Kitalah penentu nasib kita di sana!

- Artikel iluvislam.com

Saturday, September 10, 2011

Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan


1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepadacinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanyamenumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tanganmereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.

Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

sumber: Helmdahl.blogspot

Friday, September 9, 2011

Wajah Baru..^^


Setelah sekian lama menyepi,tetiba rindu sangat nak menjeguk blog ni...dulu tggl usang ja blog ni..tapi bila ziarah blog sahabat huh!..Semangatku kembali datang hehe...banyak cerita tapi malas nak taip :(...Semangat ni bertambah membara bila tgok sahabat2 p menyambung pelajaran ke IPTA,sedangkan ana plak duk rumah je(repeat madah STAM)..tu la,dulu malas ngafal sangat kan dah terima padahnya sekarang..hehe..

Manusia hanya merancang TUHAN yang menentukan...Lepas habis STAM dulu sempat jgk join beberapa program.Prog last at SMART Langkawi,ingat g kata2 ust Saiful Masa meeting(masa tu muslimat segan nk masuk coz da muslimin)"hampa xyah malu2 la,silap2 hari bulan depa jadi laki ampa.Ada yg kawin jmpa jodoh dalam program mcm ni"..Ya Allah mcm nk tahan ja mulut ust"jgn ustaz tu satu doa tu"Tapi alhamdulillah jumlah fc seimbang laki n perempuan(selalunya permpuan bnyk dari laki)..memang best la prog tu(first time p langkawi sama..hehe).Program tu untuk pelajar2 sekolah tersebut...Minggu Orientasi..Sekolah tu baru ja dibuka n da form 1 n form 2 shaja..Mesti tertanya2 kan sekolah apa,Sekolah tu diberi nama Sekolah Menengah Agama Al-Baqiatussolihat,salah sebuah sekolah dibawah Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah.
Barisan FC Muslimin

Barisan FC Muslimin

Berposing Sebelum Masuk Gua

Barisan FC Muslimat

Santai2 Tepi pantai(best btui!)

.. Lepas settle sume prog tu pk nak duk rumah ja sebelum sambung ke mana IPT tapi lain plak jadinya bila kawan offer 1 kerja kat Guar.Memang x mau p,tp didesak oleh mak so p jgk la...Tapi sempat keja 5 bulan ja coz nk smbung study...Bila berenti kerja,Family soh repeat madah dulu.yah sambung lagi la..ALLAH,dulu xnk keja coz nk duk rumah..Skang haa...duk la umah puas2..huhu..beza antara kerja kat guar n kerja kat umah ialah xdapat gaji la..nasib badan la..Tapi,Segala yang Allah aturkan tu mesti da hikmahnya...Hikmah nya,ana leh makan n tido puas kat umah..huhu...Projek menaikkan berat badan...


Insyaallah,dengan masa yang terluang ni ana nk tumpu pada madah STAM yang lepas(study balik) .MMPS pun da ada ALumni skang dan ana diberi taklifan sebagai Pen S/u(jwatan yang ana paling takut masa kat sek dulu).Masa ni jgak la ana nk istiqamah dengan apa yg ana dah wat dulu,muhasabah balik sikap diri ni....huh!..Hinanya aku Ya ALLAH..


Ini la kehidupan,kadang2 kita gembira,kadang2 kita sedih dan kadang2 pelbagai perasaan yang hadir dalam jiwa kita..Apapun yang terjadi,kehidupan kita mesti teruskan dan yakinlah APA YANG TERJADI DALAM HIDUP INI PASTI ADA HIKMAHNYA..WaLLAHUALAM..

Thursday, September 8, 2011

Al Mawlid Gabungan Ruffedge,VE & Innuendo



First skali dengan berita ni kat TV9,terkezut la jgak..biaq btui!..tp bila dengaq pengakuan ikhlas dari depa.Alhamdulillah ,Allah dah bagi hidayah kat depa..Sekarang baru ana sedar,rupa2nya ramai golongan remaja sekarang memerlukan pendedahan agama..Ana x nafikan,ramai jugak remaja2 dalam facebook menengur dan meminta ana ajarkan mereka Apa Itu Islam..bila mendengar kisah silam mereka,hati ini sayu..Aku bersyukur Ya Allah kerana lahir dalam keluarga yang mementingkan agama...Ramai sahabat2 diluar sana terumbang ambing gara2 tiada pendedahan agama..salah siapakah ini??..Tepuk dada tanya la iman anda...jom,kita baca sikit tentang kumpulan baru ni"AL-MAWLID"

KUALA LUMPUR: Kumpulan kerohanian Al Mawlid yang dianggotai oleh Amer (Ruffedge), Azan (Ruffedge), Lah (V.E), Zaff (V.E) dan Pot (Innuendo) mengakui tidak pernah terbeban dengan penghijrahan mereka yang berbeza daripada kehidupan sebelum ini.

Kata Amer, perjuangan yang bertujuan untuk meluaskan lagi syiar Islam menerusi bakat suara dan lagu R&B serta selawat itu adalah ikhlas semata-mata demi agama dan Rasullullah.




Tambahan pula, setiap tindak-tanduk dan keputusan berkaitan bidang muzik yang mereka ceburi ini turut mendapat restu dan sokongan daripada guru-guru agama mereka.

“Tiada sebab kami perlu rasa terbeban atau tertekan dengan penghijrahan dan perubahan hari ini. Kami masih orang yang sama cuma lebih menitikberatkan adab dan perlakuan serta cuba untuk meluaskan syiar Islam menerusi bakat yang ada.

“Lagipun, apa yang lebih penting perjuangan ini mendapat restu dan sokongan daripada para guru agama kami,” katanya yang mengakui jadual kumpulan itu penuh sepanjang Ramadan ini.

Diajak berkongsi tentang perubahan dalam kehidupan baru itu, Azan berkata, mereka masih mempelajari selok-belok adab dan memperbaiki apa juga kekurangan dan kealpaan terhadap tuntutan asas yang pernah diabaikan sebelum ini.

“Kami masih baru dalam penghijrahan ini. Banyak lagi yang perlu kami dalami. Penampilan dan gerak-geri kami masih tidak banyak berubah dan penuh senda gurau dan santai seperti dulu.

“Cuma apa yang kami perbaiki adalah kekurangan yang banyak kami tinggalkan sebelum ini seperti solat, ilmu agama dan adab. Mana yang kurang sebelum ini kami cuba tambahkan,” katanya.

Walaupun masih belum mengeluarkan album pertama mereka, Amer dan Pot sudah memiliki lagu “single” masing-masing yang berinspirasi qasidah dan selawat iaitu Belaian Jiwa (Pot) dan Cahaya Seluruh Alam (Amer).

Sementara menantikan anggota yang lain tampil dengan “single” masing-masing, mereka selesa melayari kehidupan baru ini dengan perjuangan muzik yang serba sederhana.

“Buat masa ini, kami lebih selesa bergerak dengan lagu “single” masing-masing. Insya-Allah kalau sudah dapat kumpulkan lagu-lagu yang bersesuaian baru kami terbitkan album penuh,” akui Lah yang tidak menolak untuk memperjuangkan muzik Al Mawlid di peringkat komersial jika diberikan peluang.

P/S:Bersyukurlah kpd Allah kerana kita diberi peluang merasai nikmat kemanisan Agama Allah..Usahlah kedekut untuk berkongsi ilmu kpd mereka yang baru melangkah kedunia baru yg penuh ketenangan ini..


Sumber:Mstar