Pages

Sunday, July 24, 2011

Duhai Pemuda

Segar.. Saat kaki melangkah merentasi kabus pagi bersama sahabat-sahabat tadi, kepala terasa segar.

Pagi-pagi begini, menghirup udara segar-Nya, entah kenapa hati saya jadi teringat pada sahabat-sahabat di luar sana.

Yang Islamnya masih kabur..
Yang hiburannya masih lagi berlebihan..
Yang zina menjadi budaya..

Gusar.

Masa Depan

Kisah XPDC malam tahun baru yang lalu menggamit ruangan mata. Entah apalah khabarnya mereka. Sihatkah Imannya, sesihat tubuh kita semua yang elok berjalan ke sana ke mari?

Atau sakitkah Iman mereka, mencari penawar yang tidak kunjung tiba?

Membuka helaian akhbar pula seolah-olah mengambil belati tajam dan ditoreh hati ini halus-halus. Ah remaja... Mengapa kian alpa?

Jika kamu mahu melihat masa hadapan, lihatlah pemuda yang ada pada masa kini.

Pesan Saidina Umar al-Khatab menggamit gusar di hati. Jika mahu melihat pemuda zaman ini, pastinya hati menjadi gundah, jiwa menjadi tidak tenteram.

Apakah mungkin masa hadapan yang bakal ditempah semakin kelam, atau ada bahagia yang menggamit?

Saya tidak pasti.

Apa yang saya pasti, semakin ramai pemuda yang hilang rasa megah terhadap Islam, yang hanya tahu marah ketika Islam dikutuk tetapi diri sendiri tidak mengamalkan Islam yang sebenar.

Di mana hilangnya pemuda seperti Saidina Ali dan juga Zubair, atau Abbdurrahman bin Auf, atau Sultan Muhammad al-Fateh.

Mengapa pemuda yang mengerti Islam, semakin takut menyuarakan pandangan, hingga akhirnya kebatilan berdiri megah, menumpaskan kebenaran yang jatuh menyerah.

Buatmu Pemuda...

Imam as-Syahid Hasan al-Banna ada berpesan:
"Ketika ada setiap kebangkitan ummat, pastilah pemuda menjadi tiangnya, di setiap sebalik pemikiran manusia, pastilah pemuda menjadi pengibarnya."

Begitu juga dengan ulamak terkenal, Syeikh Yusuf al-Qardhawi, beliau menegaskan :

Pemuda itu ibarat matahari ketika jam 12 tengah hari. Panasnya begitu terik, cahayanya begitu terang.

Wahai pemuda... Sedarkah perananmu kepada dunia? Tenaga yang kamu ada, mampu menggegarkan dunia. Tapi biarlah dengan gegaran Iman yang mampu menegakkan kembali kalimah Lailahailallah di muka bumi ini.

Bukannya gegaran yang mampu mematahkan Iman, atau mengundang bahagia para Syaitan laknatullah!

Ingatlah duhai pemuda pada kisah Ashabul Kahfi yang lari menyelamatkan Iman, lantas Allah tidurkan mereka dalam gua selama 309 tahun.

Ingatlah pada Nabi Ibrahim yang menggegarkan kerajaan Namrud, yang memecahkan berhala-berhala yang ada pada ketika itu, yang berfikir mengenai Tuhannya yang sebenar ketika usianya masih lagi kecil.

Ingatlah pada pemuda Ashabul Ukhdud yang meletakkan Allah di tempat yang utama, yang tidak kisah biar nyawanya menjadi gadaian, asal sahaja Islam tersebar luas.

Kisah Pemuda Islam

Sahabat mahu tahu bagaimana Islam menjadi gemilang suatu ketika dahulu?

Gemilangnya Islam adalah kerana wujudnya pemuda-pemuda hebat yang meletakkan Allah di tempat utama.

Menyelusuri sirah... Moga ada yang mengambil iktibar.

Zubair

Zubair, ketika usianya memasuki 15 tahun. Beliau telah menjadi seorang pendakwah yang diutus oleh Rasulullah S.A.W ke merata tempat. Beliau juga sering diajak berdiskusi bersama Rasulullah S.A.W.

Di sini terselit hikmah di mana Rasulullah S.A.W tidak membezakan yang tua atau yang muda. Bukan usia menjadi ukuran, tapi idea dan sejauh mana seseorang itu mampu memberi sumbangan untuk Islam adalah lebih utama.

Tolhah bin Ubaidillah

Ketika usianya 16 tahun, beliau sudah bergelar mujahid, pendakwah dan penyokong dana dalam kegiatan Rasulullah S.A.W.

Tolhah adalah seorang pemuda yang amat kaya raya. Jika sekarang, pemuda-pemuda zaman ini ada wang yang banyak pastinya mahu beli itu ini, atau mahu merasa hidup mewah..

Tidak bagi Tolhah bin Ubaidillah. Hartanya digunakan untuk Islam, fikirannya hanya memikirkan urusan dakwah.

Saad bin Abi Waqas

Ketika usianya 16 tahun, beliau telah menyertai peperangan Uhud dan syahid.

Sultan Muhammad al-Fateh

Ketika usianya 23 tahun, beliau telah berjaya menawan Kota Konstantinopal yang cuba ditawan oleh beberapa orang khulafa' namun menemui kegagalan.

Beliau tidak pernah meninggalkan qiamullail setelah usianya menginjak puluhan. Beliau adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.

Ibnu Abbas

Beliau adalah anak saudara salah seorang isteri Nabi iaitu Maimunah. Pada suatu hari, Ibnu Abbas teringin benar melihat peribadi Rasulullah S.A.W. Maka, beliau tidak tidur malam menanti Rasulullah bangun di sepertiga malamny.

Beliau menunggu sahaja di hadapan pintu sehingga akhirnya Rasulullah S.A.W keluar dan Rasulullah amat terkejut melihat Ibnu Abbas sudah siap sediakan gayung untuk baginda berwudhu'.

Setiap gerak geri Baginda diperhatikan Ibnu Abbas, dan semenjak itulah Rasulullah S.A.W sering menyebut-nyebut nama Ibnu Abbas.

Apabila baginda wafat, Ibnu Abbas berasa amat sedih sehingga beliau menangis berhari-hari lamanya, namun akhirnya beliau dapat menerima hakikat bahawa waktu Rasulullah S.A.W sudah pun tiba.

Dengan penuh kecekalan, beliau terus menuntut ilmu daripada sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W, dan ada suatu ketika, beliau mengetuk pintu salah seorang rumah sahabat, tetapi pintu tidak dibuka dan Ibnu Abbas lantas tertidur di luar rumah sahabat tersebut.

Keesokan paginya, sahabat terkejut melihat Ibnu Abbas dan berkata "Wahai Ibnu Abbas, kenapa kamu tidur di luar? kamukan anak saudara Rasulullah, kamu ketuk, gegarkan sahaja pintu ini pasti aku membukanya."

Di sini terlihat cantiknya peribadi Ibnu Abbas, jika tiada jawapan dari dalam rumah, dibiarkan sahaja, tidak diganggu, mungkin tuan rumah ada urusan lain.

Suatu hari, ada sahabat Rasulullah S.A.W bertanya kepada Ibnu Abbas "Apa gerangan yang membuat kau begitu pandai, banyak hafal hadis dan dihormati oleh para sahabat?" Sahabat yang dikasihi semua, mari kita hayati apa yang dibalas oleh Ibnu Abbas ;

Saya punya lidah yang suka bertanya, dan punya akal yang suka berfikir.

Subhanallah sahabat!

Marilah menjadi pemuda yang bertaqwa, dan gegarkan dunia dengan kalimah Allah!

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. [Al-'Araf : 26]

Wallahu'alam

-Artikel iluvislam.com

Wednesday, July 20, 2011



Ketika kelapangan mmg dah menjadi hobi ana tuk isi dengan alunan zikir,qasidah/maulid wa nasyid2..pendek kata apa2 yg berkaitan dgan seni ni memang besst la tuk di dgar.Masih teringat lagi detik2 mula terdengar alunan maulid ni ketika menyertai satu prog tarbiah yg lbih dikenali dgn ISTAR...Sayu hati ini bila terdengar alunan qasidah2 ni...Lebih membanggakan apabila tamat persekolahan ni ada sahabat2 yang terlibat dgn qasidah2 di merata tempat..Masyaallah,antum semua memang hebat!..Setelah itu,pelbagai persolan tentang qasidah ini muncul diofikiranku...mcmmana boleh muncul maulid ni?? siapa yang mulakan dulu..Setelah dikaji wa mencari.. Alhamdulillah ana menjumpai serba sedikit tentang maulid ini....

Qasidah adalah seni suara yang bernafaskan Islam, dimana lagu-lagunya banyak mengandung unsur-unsur dakwah Islamiah dan nasihat-nasihat baik sesuai dgn ajaran Islam.

Seni qasidah lahir bersamaan dengan kelahiran Islam. Untuk pertama kalinya, qasidah ditampilkan oleh kaum Anshar (penolong Nabi Muhammad saw. dan sahabat­-sahabatnya dari kaum Muhajirin dalam perjalanan hijrah dari tanah kelahirannya (Makkah) ke Yatsrib (Madinah). Pada saat itu beberapa kaum Anshar menyambut kedatangan Nabi dan mendendangkan lagu-lagu pujian diiringi dengan lantunan musik rebana. Lagu-lagu pujian saat itu pun melegenda hingga hari ini sebagai lagu klasik dan masih dapat dinikmati hingga sekarang. Sebagai contoh dari lagu-lagu pujian itu adalah sebagai berikut:

Ya Nabi, keselamatan untukmu
Ya Rasul, keseamatan untukmu
Ya Kekasih, keselamatan untukmu
Engkaulah matahari, engkaulah rembulan
Engkau cahaya di atas cahaya
Engkau penerang kegelapan
Engkau pelita penerang hati

Seni qasidah pun biasa dipergunakan pada acara Marhaban, yaitu acara menyambutkelahiran bayi serta pada acara cukuran bayi yang berumur 40 hari, dan pada hari besar Islam lainnya.

Berbeda dengan jenis-jenis musik dan lagu yang tumbuh dalam budaya Indonesia,qasidah merupakan kesenian yang diapresiasi oleh kalangan ulama dan pesantren.Dimana dalam hal berkesenian, kalangan ulama dan pesantren dapat dikatakan kurangmenerima jenis kesenian lainnnya, bahkan cenderung mengharamkan. Sehingga dengankondisi seperti ini dapat dipahami jika kesenian qasidah lebih banyak berkembang padamasyarakat yang memiliki ciri budaya Islam yang kental seperti di pesantren-pesantren.Dalam hal ini di Propinsi Banten dengan ciri busaya pesantren yang masih kental, makakesenian qasidah dapat hidup dan terus bertahan dari waktu ke waktu.

Dari segi isi syair lagu-lagu pada seni qasidah, para ulama membuat batasan, bahwa lagu qasidah haruslah mengandung pesan-pesan sebagai berikut:

Mendorong keimanan kepada Allah dan Hari Akhir;
Mendorong orang untuk beribadah dan taat terhadap Allah serta Rasulnya.
Mendorong orang untuk berbuat kebajikan dan menjauhi ma’shiyat.
Mendorong orang untuk bertindak amar ma’ruf dan nahyi munkar.
Mendorong orang agar memiliki etos kerja tinggi dan berjiwa patriotis.
Mendorong orang agar menjauhi gaya hidup mewah serta berbuat riya.
Tidak menampilkan pornografi maupun porno-aksi dan menggugas syahwat.
Tidak menampilkan syair yang cengeng sehingga membuat orang malas bekerj a.

Qasidah sebagai salah satu bentuk kesenian dapat bertahan sejak mulai berkembang di daerah ini hingga sekarang. Dari waktu ke waktu kumpulan2 qasidah selalu datang silihberganti. Jenis kesenian ini dari yang masih asli yaitu menggunakan alat musik rebanadan kecrek hingga pada bentuknya yang bercampur musik moden dapat terus berkembang. Bahkan bentuk qasidah yang asli masih kuat dipertahankan oleh kaum muslimin, termasuk daerah Propinsi Banten. Tahun 2002 di Propinsi Banten terdaftartidak kurang dari 83 grup Qasida yang tersebar di seluruh kota dan kabupaten.

Dimalaysia juga pelbagai kumpulan qasidah ditubuhkan..Tetapi sehingga hari ini Haqqani Maulid Ensemble menjadi pilihan hati ana...









Sekadar itu dulu perkongsian ana tentang maulid ni..Kepada sahabat2 yg ada maklumat tentang ilmu ni ,minta kongsi2 la ya...

Saturday, July 16, 2011

Ketika aku merindukan seorang Kekasih




❤. Ketika aku merindukan seorang Kekasih .❤
¸.•* ♥`·.¸.¸¸. ♥♥♥♥♥♥•.¸.•´♥¸.•* ♥♥♥♥♥♥♥ `·.¸.¸¸. ♥

♥ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ♥

Tangan ini mula menulis apa yg telah dikarangkan oleh hati.
Akhirnya aku segera tersadar hanya kepada Allah-lah t4 aku berrsandar
Apabila telah tiba masaku untuk segera mengakhiri lajangku
Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian Dien'a..Aku hanya mengharapkan keridhaan ALLOH..

Mungkin aku belumlah pantas memupuk rasa ini..
Ketika hati ini telah jatuh dalam lembah bernama cinta...
Tapi aku ini hanya lelaki biasa yang terkadang tidak mampu menolaknya...
Rasanya aku tdk sanggup untuk Mbuang jauh''perasaan yg ada dalam hatiku ini
Ya ALLOH . . .Ijinkan aku memupuk perasaan dalam hatiku ini..
Ijinkan aku untuk mencintainya dan menyayanginya dengan cara yang syar’i...

Dirimu permata gemilang yang selama ini ku cari
Yang bakal menyerikan dan mewarnai hidup-ku
Aku adalah seorang yang paling bersyukur
Karena menjadikan permaisuri dalam mahligai Cinta
Aku akan selalu berusaha bersandar pada satu ketetapan ALLOH.
Ketika Jiwa tetap berdiri dalam sebuah Harapan
Semilir Impian Hidup akan menjadi sebuah kalimat yang Mungkin.

Aku ingin pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di
hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini.
Aku akan trus mencoba mempelajari arti dan hakikat tanggung jawab,
ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku coba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahasia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya karena dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala lahir dan batin tentang diriku ini.

Wahai yang mencintaiku karena-Nya...
Aku bukan malaikat yg tak punya hawa nafsu..
Aku hanya manusia biasa yg juga menginginkan cinta ..
Kehadiranmu memang mampu memberi sebuah warna ..
Tapi sungguh itulah yg membuatku tersiksa..
Bukan aku tak mampu menghargai yg kau rasa.. Tapi sungguh
bukankah aku akan gagal mempertahankan hatiku yg selalu ingin terjaga.
Sanggupkah aku mjadi bertahan Bsama bidadariku menyusuri lautan kehidupan
Meski gelombang tak berhenti membuat layar ini terombang-ambing .
Ya Aku tersadar hanya kepada-Nya ke gantungkan Azzam-ku ....

Bukanlah suatu penyesalan Bagi ku...
Karna Aku mencintaimu dan memilikimu...
Dengan Hatiku yang penuh dengan Rasa Sayang...
Aku akan Mencintaimu bukan hanya karena kelebihanmu...
Tapi Juga Dengan segala Kekurangan-mu yang ada..
karena bagiku di balik itu semua adalah suatu Anugrah Bagi-ku..
Akan Selalu ku pertahankan Cinta ini untuk menggapai Ridho-Nya ..

Ya ALLOH …Sang pemilik Hatiku...
Jika aku hendak mencintai seseorang....
temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu...
agar bertambah kuat cintaku pada-Mu...
Ketika aku sedang jatuh cinta...
jagalah cinta itu,agar tidak melebihi cintaku pada-Mu...
Ketika aku merindukan seorang kekasih..
rindukanlah aku pada sosok yang rindu Cinta Sejati-Mu ..

(¯`v´¯).♥ Aamiin ya Robbal 'alamiin ♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`·.¸.·`
..♥♥..♥`•.¸.•´.(¯`v´¯)(¯`v´¯).`•.¸.•´♥..♥♥..
♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥


♥•*¨*•♥•*¨*•♫♥•* Thufail Na'im Ar'Syahid *•♥♫•*¨*•♥•*¨*•♥-
♥•*¨*••*¨*•♫♥♥♥•* Khaura Al-Intifadhah *•♥♥♥♫•*¨*••*¨*•♥

sumber: http://abu-azvhirandha.blogspot.com/