Pages

Tuesday, November 30, 2010

Bingkisan Hidup Hamba Yg Kerdil.....


Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Allah kerana mengizinkan aku merasai kemanisan nikmat iman dan Islam....Hidup ini terumbang ambing tanpa garis panduan dari syariat Allah...Kali ini ingin sekali ana menyorot kembali kenangan lama yg memberi 1001 kenangan dalam hidupku....Moga bingkisan ini mampu memberi pengajaran kepada diriku dan sahabat2...Selama ini hidupku bersama rakan2 hanya untuk berkongsi cerita..Mungkin disebabkan hidup mereka di kota agak berbeza dgn kehidupanku di desa...Setiap hari ada saja cerita mereka dgn jejaka2 pilihan hati mereka..
Alhamdullillah ana dan 2 org sahabat sahabat ana hanya bertindak sebagai pendengar.Ana sentiasa dgn prinsip hidup,"x dak istilah couple dalam Islam"....Ana di uji dgn mesej2 dari org yg tidak berkenaan... Tapi tiada langsung di hati ini untuk membalas msej2 tersebut hingga ada yg mengatakan ana sombong..Tetapi tiba jga satu masa ana membalas msej2 ini dgn soalan2,hinggakan mereka menghilangkan diri begiu sahaja.....Sepanjang 5 tahun perjalanan hidup,ana tidak langsung berkecimpung dalam dunia kepimpinan @ apa program tarbiah....Sepanjang 5 tahun itu juga banyak pengalaman ana dapat dari sahabat2 tntg cabaran or ujian dalam kehidupan remaja..Alhamdulillah,Allah pelihara ana dari sume tu apabila bertemu sahabat2 yg banyak memberi teguran dan bimbingan..
.Sebelum menduduki peperiksaan SPM,ana dijemput oleh sahabat untuk menghadiri satu program tarbiah....Selepas menghadiri program itu,Hidupku bagaikan diterangi dgn Nur Islam..Alhamdulillah,tenangnya hati ini tidak dapat digambarkan.Dari itulah ana menyenali apa itu Tarbiyah dan perjuangan.... Alhamdulillah,tahun ini ana berpeluang lagi melanjutkan pelajaran ke Ting 6,tetapi ramai sahabat2 melanjutkan pelajran ke Maktab,IPTA dAN Matrikulasi...Tinggal ana bersama sahabat2 meneruskan perjuangan disitu....

Tahun ini lah yg memberi banyak cabaran kepada diri ini apabila pelbagai jawatan dan tanggungjawab yg perlu ana pikul sedangkan ana langsung tidak berpengalaman dalam dunia ini....Setiap langkah harus bermula dari bawah tapi berbeza dengan keadaan ana ketika itu apabila terpaksa menyandang jawatan MT....
Kusut juga fikiran ketika itu kerana memikirkan jika gagal melaksanakan tanggungjawab yg di berikan...Tapi atas sokongan dan kata2 semangat dari sahabat2 memberikan ana nafas baru dalam melaksanakan tanggunjawab.Sekarang ana berpeluang melibatkan diri dalam program tarbiyah..




Dan Kini,barulah ana terfikir hebatnya kuasa Allah.... Allah memberi ana peluang untuk merasai dunia remaja dan masalah2 remaja yg penuh cabaran,kemudian Allah membawa ana kedunia tarbiyah untuk membantu mentarbiyah generasi selepasku...Dengan pengalaman aku bersama rakan2 dulu banyak membantu ana memhami keadaan hidup remaja yg bermasalah...Tapi ilmu ana dalam dunia tarbiyah belum mencukupi,banyak lg yg perlu ana belajar.



Sekarang,ana betul2 diuji apabila org yg ana sgt kenali dan kagumi selama ini seolah2 berubah dan bertindak seperti remaja2 lain..Puas menasihati tp nasihat itu hanya sementara bagai mencurah air kedaun keladi,buntu memikirkan masalah ini..Ya ALLAH beratnya ujian Mu...Ana tidak sanggup melihat sahabat ana lalai tetapi ana hanya melihat dan sibuk mentarbiyah org lain tetapi sahabat sendiri yg terbabas...Ana sangat mengharapkan nasihat dan bimbingan dari sahabat2 yg berpengalaman untuk ana teruskan perjuangan ini....Moga perkongsian ringkas ana ini memberikan ana jalan untuk selesaikan masalah ini...Setiap Kesulitan itu pasti ada kesenangan..Tidak sabar untuk ana tunggu kesenangan itu.....

Datangnya Islam adalah sebagai pelengkap kesempurnaan kehidupan seorang manusia. Islam boleh diibaratkan ‘software’ yang paling sesuai bagi menggerakkan kehidupan manusia. Tanpa Islam, manusia bagaikan mayat hidup tanpa tujuan. Manusia akan menjadi rosak lantaran diresapi atau dijangkiti ‘virus’ dunia hasil suntikan syaitan laknatullah. Allah s.w.t itu Pencipta manusia. Dia juga yang menjadikan alam sekitarnya, haiwan, tumbuh-tumbuhan, daratan, lautan, bumi, bintang dan langit. Semuanya bagi kemudahan manusia. Jadi, Allah itu Maha Mengetahui apa yang baik, yang boleh memberi manfaat kepada manusia dan Dia juga Maha Memahami apa yang buruk, yang boleh memudharatkan manusia. Allah mengutuskan para nabi dan Rasul sebagai mentor untuk memudahkan manusia memahami kehidupan yang sebenar yang digariskan oleh Allah. Agar manusia keluar dari kesesatan dan kegelapan ke arah jalan yang betul.



Al-Quran itu dan kitab-kitab lain diturunkan sebagai buku panduan manusia. Di dalamnya penuh dengan ilmu untuk mentadbir bumi dan alam serta peraturan-peraturan kehidupan yang mesti diikuti, dan jika diingkari manusia itu akan mengalami kerosakan. Ibaratnya, seorang pereka robot. Dia yang menciptakan robotnya, maka dia mengetahui di manakah kelebihan dan kelemahan robot tersebut. Bagi memastikan robotnya itu digunakan dengan baik, lalu dibuat satu buku panduan. Yang mana buku tersebut mengandungi cara-cara pemasangan komponen yang betul, peraturan-peraturan pengendaliannya yang tepat serta batasan menggunakannya. Disertakan juga program-program atau software yang sesuai untuk menggerakkan robot tersebut.

Jika disalahgunakannya atau tersilap memprogramkannya, maka robot itu akan rosak dan gagal berfungsi. Begitulah juga manusia, yang memerlukan Islam sebagai cara kehidupan. Jika mengambil selain daripada Islam sebagai cara hidup, mereka akan rosak akhlaknya, pemikirannya serta kehidupannya. Kerana mereka telah tergelincir daripada fitrah kehidupan manusia. Inilah yang melanda ummat Islam kini. Islam hanyalah terletak pada sesuatu perkara sahaja. Islam umpama pakaian, jika diperlukan, maka Ia akan diambil. Jika tidak, mereka akan menanggalkannya bahkan dibuang jauh-jauh. Begitu jua dengan Al-Quran. Hanyalah sebuah buku hiasan di rak-rak. Hanya berguna jika berlaku kematian dan majlis tertentu sahaja. Al-Quran juga umpama wajib bagi kanak-kanak untuk membacanya sampai tamat 30 juzuk dan harus atau tidak perlu bagi yang dewasa membacanya. Kalau ditanya, “kenapa ko tak baca al-Quran?. Jawabnya mudah, “ aku dah tamat laa”. Inilah senario masyarakat Islam di Malaysia ini. Makin hari, makin jauh daripada budaya dan ajaran Islam yang suci. Islam hanya tinggal pada nama, bukan pada amali. Semakin hari semakin terhakis sikit demi sedikit daripada diri. Budaya hiburan melampau pula menjadi tempat di hati. Bagaimanalah hidup hendak diberkati. Jika Islam hanya diingat tika hendak mati. Buat diri yang alpa.

Thursday, November 11, 2010

Kem Untuk Anak2 Kedah...




Kerajaan Negeri Kedah meneruskan agenda TARBIYAH ummahnya, memastikan rakyatnya CELIK AGAMA, berpaut pada PEGANGAN YANG BENAR, seperti yang telah digariskan dalam al-Quran dan as-Sunnah..

JOM ADIK-ADIK!!!
isilah masa lapang dalam program seperti ini dalam cuti sekolah..
pasti akan jumpa kakak-kakak dan abang-abang yang baik-baik,
yang akan membantu dan memberi bimbingan pada adik-adik.


Kepada sahabat-sahabat, cadangkan pada ibu bapa anda untuk memastikan adik anda tidak terlepas dari menyertai program seperti ini..

Untuk maklumat lanjut boleh melalui ini :

· Pembangunan Insan Kedah : http://pembangunaninsankedah.blogspot.com/

· Kem Anak Soleh :

http://kemanaksoleh-kedah.blogspot.com/

· Kem Bina Insan :

http://kem-binainsan.blogspot.com/

Atau boleh berhubung terus dengan :

Sekretriat KAS & KBI : 019-5909733

Sunday, November 7, 2010

Banjir oh banjir.....

ALOR SETAR 4 Nov. - Banjir yang melanda negeri ini tidak menampakkan tanda-tanda akan pulih malah jumlah mangsa yang dipindahkan kini meningkat kepada 28,569 orang berbanding 25,000 semalam.

Keadaan banjir menjadi semakin buruk di daerah Kota Setar apabila air mula melimpah memasuki kawasan bandar dan taman-taman perumahan yang sebelum ini tidak pernah dilanda bencana alam itu.

Jumlah penduduk yang dipindahkan di daerah berkenaan melonjak kepada 8,184 orang berbanding 1,788 semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata, sebanyak 105 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dengan Kubang Pasu sebanyak 46 pusat, Padang Terap (35), Kota Setar (15), Pokok Sena (lapan) dan Pendang (satu).

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan turut menunjukkan peningkatan di daerah Kubang Pasu iaitu seramai 15,648 orang dan Pokok Sena (1,824) berbanding hanya 1,259 orang, semalam.

Sementara itu di Pendang, seramai 176 penduduk dipindahkan manakala di Padang Terap banjir mula surut dan hanya 2,737 orang masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,105 orang, semalam.

Banjir juga meragut dua lagi nyawa apabila dua kanak-kanak, Nur Irshah Rosli, 9, dan rakannya Awwad Hakimi Rudaini, 7, dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam tali air di Tanjung Bendahara di sini.

Ia menjadikan jumlah kehilangan nyawa setakat ini tujuh orang termasuk seorang remaja di Perlis yang masih belum ditemui sejak semalam.

Beberapa jalan utama masih ditutup kepada lalu lintas antaranya Jalan Alor Setar-Kangar, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Jalan Kuala Sungai-Sungai Baru, Jalan Alor Setar-Kepala Batas, Jalan Hutan Kampung-Kepala Batas dan Jalan Pantai Johor-Gunung Keriang.

DI PERLIS, keadaan banjir di bahagian utara negeri itu mula pulih namun air dijangka melimpah ke bahagian selatan khususnya di Kuala Perlis.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, jumlah mangsa yang ditempatkan di 46 pusat pemulihan juga semakin berkurangan iaitu seramai 13,773 orang setakat pukul 2 petang ini yang melibatkan 2,524 keluarga berbanding 14,140 orang di 51 pusat pemindahan banjir malam tadi.

"Sebanyak sembilan pusat pemindahan banjir telah ditutup melibatkan tujuh di Padang Besar dan masing-masing sebuah pusat pemindahan di Arau dan Kangar," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui kerajaan negeri hampir mengisytiharkan darurat di Perlis memandangkan banjir kali ini lebih besar berbanding kejadian pada 2005.

Beliau menegaskan, mangsa banjir di negeri itu pada masa ini amat memerlukan bantuan makanan terutama susu bayi berbanding bantuan kewangan.

"Bekalan makanan berkurangan kerana pembekal makanan amat terhad lebih-lebih lagi pemilik kedai runcit menutup operasi mereka," katanya.

DI KELANTAN, paras air Sungai Golok surut kepada 9.75 meter petang ini berikutan cuaca baik dan cerah sejak dua hari lalu berbanding 10.10 meter petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Pasir Mas memberitahu, buat masa ini hanya tinggal 23 orang daripada tiga keluarga yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh.

Pusat pemindahan sementara di Stesen Keretapi Lama Rantau Panjang dan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi ditutup pada pukul 2 petang ini.

DI TERENGGANU, Bilik Gerakan MKN memaklumkan tiada sebarang laporan banjir diterima di kesemua daerah di negeri ini ekoran cuaca baik sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun sembilan mangsa daripada lima keluarga yang terdedah ancaman ombak besar di kawasan Kampung Pantai, Kuala Besut, Besut masih ditempatkan di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Pantai sejak Isnin lalu.


Sumber:Utusan Malaysia 5 nov 2010