Pages

Saturday, September 18, 2010

Syawal Yang Bermakna...

Pejam celik pejam celik,berlalu sudah ramadhan yg amat kita nanti2kAn selama ini...kini tiba pula syawal menjengah setelah pemergian ramadhan.....1 syawal yg lalu ana dan keluarga menyambut kedatangan org baru yg selamat dilahirkan pada 1 ptg di Hospital Sultanah Bahiyah.....Kedatangan mujahid ini memberi sinar baru dalam keluarga ana.Kelahirannya pada 1 syawal juga menyebabkan saudara mara melemparkan pelbagai cadangan dalam proses memberi nama...syawal,fitri ,aidil wa syawal akhbar antara nama yg dicadangkan....tp setelah 1 hari berada di rumah,ana dikejutkan dgn berita bahawa anak saudara ana ini terpaksa dimasukkan ke hospital semula akibat masalah kuning......alhamdulillah,setelah 4 hari mendapat rawatan mujahid ini kembali sihat...Tanpa berlengah,majlis membelah mulut dan bercukur segera dilaksanakan pada hari jumaat(17/9/2010) dan diberi nama Muhammad Ariff Wazif.....acara membelah mulut ini selamat dilaksanakan oleh ayah saudara sepupuku sendiri iaitu Tuan Guru Hj Abdullah bin Samah(Pondok Bukit Lada)...

Sebelum acara bermula..

Belah mulut oleh Tuan Guru Hj Abdullah b. Samah..

Dicukur sambil diperhatikan oleh datuknya..

Semasa acara ini dijlankan,ana juga smpat mendengar perbualan antara saudara ana yg melahirkan rasa bimbang jika tiada pewaris untuk meneruskan acara membelah mulut dan mencukur ini pada masa depan...Ini harus dipandang serius oleh golongan muda...Insyaallah,apa yg ana harapkan semoga bayi ini menjadi insan berguna pada masa hadapan...




Wednesday, September 15, 2010

Kelebihan Bulan Syawal

ntara fadilat puasa sunat 6 Syawal :

Hari Pertama
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam a.s.

Hari Kedua
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf a.s.
-keluar dosa-dosa dari tubuhnya bagaikan baru dilahirkan dari perut ibu.

Hari Ketiga
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yaakub a.s.
-sekiranya berpuasa tanpa diketahui orang lain, Allah s.w.t. tidak rela untuknya pahala kurang daripada syurga.

Hari Keempat
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa a.s.

Hari Kelima
-mendapat pahala sebaigaimana pahala Nabi Isa a.s.
-menyamai berpuasa sepanjang tahun

Hari Keenam
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Muhammad s.a.w.
-jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu, akan dibacakan Istighfar untuknya oleh para malaikat.

Dipetik dari http://sedaka.net.tripod.com/linkfad-ramadhan.htm[/size][/i]

Wednesday, September 8, 2010

Syawal Pun Menguak Kelopak..

Senja-senja Ramadan kian sayup
perlahan-lahan berarak ke penghujung
sendunya mengalun membuai rasa
mentari syawal pun mula menyingsing hari
terlalu pantas waktu berlalu!
Wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa....
Hanya pada-MU kami memohon
kasih belas dalam rahmat-MU
agar kami terus diberi waktu
punya kesempatan menjengah ramadan bertandang
pada usia ditahun seterusnya
Fajar syawal kian menguak kelopak kemenangan
tanda nafsu berjaya ditundukkan
namun perjuangan bukanlah untuk sepurnama
ia bermula semalam ,esok dan selamanya...

Wahai Al-Khalik,
PadaMu jua kami memohon
agar Kau perteguhkan ikatan iman
biar lasak dan unggul kental jiwa kami
tatkala mendepani musuh nafsu yang tak pernah puas
biar kami tegas dan tegar memugar iman
hanya nur keinsafan yang bakal menang
biar perjuangan syaitan terus kau kalahkan.
Sesungguhnya batas Ramadan dan Syawal itu amat halus
benang pemisahnya sering terungkai di tengah perbezaan
kerana itu,dalam munajat panjang serta doa kudus berteluku
semoga kau himpunkan kami didalam golongan
umatMu yang sentiasa dilimpah dengan rahmat dan Barakah!
Restui lah kami agar ketemu pada Ramadan dan Syawal terus silih berganti!

sumber:anis September 2009

P/S:Kepada seluruh umah islam,selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin andai diri ini ada tersalah bahasa ataupun terkasar bahasa samada perbuatan or percakapan...Semoga AIdilfitri kali ini mengundang seribu keinsafan pada diri kita...Insyaallah...