Pages

Monday, May 31, 2010

Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
"Demi namaMu ya Allah, Tuhanku Yang Maha Esa; Yang Maha Pencipta ke atas setiap kejadian yang telah Engkau jadikan; Yang Maha Bijaksana ke atas segalanya yang di langit dan segalanya yang di bumi; Yang Maha Penentu ke atas setiap ketetapan yang telah Engkau tetapkan. Tuhan Yang Maha Berkuasa ke atas sekalian alam yang menentukan setiap denyutan nadi, setiap helaan nafas, setiap hembusan nafas, setiap aturan langkah, makan minumku, tidur jagaku, ibadahku, hidup dan matiku segalanya di bawah zatMu ya Allah. Hanya kepadaMu aku memuji, hanya kepadaMu aku merendah, hanya kepadaMu aku bersembah dan hanya padaMu jua lah aku berserah; berilah aku peluang untuk mensyukuri Kejadian Alam Ciptaan Mu ."

Dalil:
Mari kita khusyuk dan tawadduk kepada beberapa firmanNya yang bermaksud,

"Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz)." (surah Huud: 6)

"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (al-An'aam: 99)

"Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati". (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur." (al-Mulk: 23)

"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: 'Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari.', " (an-Naml: 18)

"maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: 'Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh'." (an-Naml: 19)

Apa kata manusia?

Bila Semut Menggigit, ramai yang menyumpah-nyumpah seperti,

"Adoiii! Celaka punya semut!"
"Dah tak cukup makan ke wahai semut, sampai aku pun kau gigit!"
"Jaga kau, nanti aku 'spray' Ridsect, mampuslah engkau semuanya!"
"Nyah kau dari kebun aku, binatang tak sedar diri!"

Amat kurang yang berkata,

"Alhamdulillah! Gigitan mu mengingatkan ku siksaan di alam kubur."
"Alhamdulillah! Engkau telah memakan sisa makanan ku."
"Pergilah semut, kau juga makhluk Tuhan. Bila aku dikebumi nanti kau gigitlah sepuas-puasnya."
"Alhamdulillah! Kau telah menyuburkan tanah kebun ku!"

Penjelasan:
Dalil pertama dan kedua berupa peringatan kepada manusia bahawa segala binatang bernyawa yang bergerak (melata) di muka bumi ini adalah ciptaanNya. Tuhan lah yang memberi rezeki (hidup, makan, minum, tidur, jaga, sihat, sakit dan mati) kepada segala jenis binatang hidup. Contohnya lembu meragut rumput yang tumbuh; helang menyambar ikan; ikan besar memakan ikan kecil; ikan kecil memakan moluska kecil (hidupan marin bercengkerang); moluska kecil memakan plankton dan algae (sejenis tumbuhan marin).

Begitulah jua semut. Semut memakan sisa makanan manusia; sisa makanan kita berasal dari daging lembu yang meragut rumput; sisa makanan dari nasi (berkanji-gula) dari pokok padi; sisa roti dari pokok gandum; sisa gula dari pokok tebu; sisa coklat dari susu lembu yang meragut rumput; sisa bangkai belalang yang memakan daun; sisa daging manusia yang telah mati; manusia yang memakan daging dan tumbuhan. Semuanya membentuk rantaian makanan (food chain) yang berterusan dan seimbang. Segalanya berasal dari air hujan yang menghidupkan, menyihatkan, menyegarkan, mensuburkan dan mengekalkan segala tumbuhan dan setiap makhluk yang melata (manusia pun melata di KL kalau ditenung dari puncak KLCC). Air hujan adalah ciptaan Yang Maha Sempurna. Air punca segala kehidupan. Bumi (zat tanah), matahari (zat cahaya), dan angin (zat udara). Semuanya mengikut kadar dan pengukuran yang maha jitu dari Tuhan Yang Maha Bijaksana. Misalnya zat udara di atmosfera bumi mengandungi peratusan komposisi gas-gas yang seimbang dan terperinci kejadiannya;

Gas nitrogen sebanyak 78.08%, asas sebatian nitro yang membina sel tisu tumbuhan dan haiwan. Hormon dan enzim juga terbina dari sebatian nitro.

Gas oksigen sebanyak 20.95%, membekal sebatian oksigen kepada sel haiwan (termasuk spesis manusia) dan sel akar tumbuhan. Jika tiada oksigen, sel tubuh dan sel otak manusia pun mati. Jantung pun terhenti!

Gas karbon dioksida hanya sebanyak 0.036%. Kenapa hanya sedikit? Kerana manusia dan haiwan membakar makanan menghasilkan tenaga dan gas karbon dioksida. Gas ini dibebaskan semasa hembusan nafas. Sebarang pembakaran bahan organik (termasuk petroleum) menghasilkan gas karbon dioksida yang diserap pula oleh tumbuhan sebagai bahan asas membina tenaga kimia makanan. Sebagai balasannya, tumbuhan bekalkan kita gas oksigen!

Manusia dikurniakan Tuhan dengan akal (cetusan fikiran di otak) supaya merancang kehidupan, berusaha, berdoa dan mensyukuri. Teringat kata-kata hikmah dari bekas bos aku yang beragama Buddha, "Zaidi, plan your work; work with your plan; pray and be thankful!".

Sifat Tuhan terlalu Agung untuk merancang. Merancang hanya kerja manusia yang lemah. Tuhan Yang Maha Berkuasa "menetapkan" sesuatu kejadian dan ditinta di kalam Loh Mahfuz. Kemudian segala "ketentuanNya" datang dari "ketetapan" yang boleh Tuhan ubah. Misalnya telah "ditetapkanNya" di Loh Mahfuz bahawa aku akan mati 3 saat dari sekarang. Oleh kerana aku terus menulis entri ini bertujuan untuk menyampaikan ilmu, aku "diizinNya" untuk terus hidup! Keizinan untuk aku terus hidup merupakan "penentuanNya" ke atas "ketetapanNya".
Alhamdulillah!
Bukan kita yang memberi makanan kepada semut kerana asal segala sisa makanan dan kita sendiri pun dicipta Tuhan! Maka, Tuhan lah yang mencipta dan memberi rezeki kepada kepada setiap makhluk yang melata!

Dalil dari ayat ke tiga (al-Mulk: 23) merupakan ayat seruan dari Tuhan. Allah SWT menyuruh kita bersyukur kepada Nya yang menjadikan kesempurnaan manusia. Secara saintifiknya penglihatan manusia menghasilkan imej di retina mata dan seterusnya menghasilkan impuls (denyutan) maklumat yang dihantar ke otak untuk diterjemah dan akal berfikir. Bunyian yang kecil diperbesarkan (amplified) pada sel gegendang dan isyarat maklumat dihantar ke otak untuk pentafsiran. Otak pula memberikan jawapannya dari pentafsiran maklumat-maklumat. Tergeraklah hati untuk memberi arahan kepada otak supaya menggerakkan kita membalas percakapan atau menggerakkan anggota tubuh. Segala pergerakan (juga percakapan) fizikal manusia diarahkan oleh otak. Pemberi arahan kepada otak ialah hati. Maka dengan sebab itulah segala kesyukuran itu datangnya dari hati yang khusyuk dan tawadduk. Sebab itulah jua iblis dan syaitan meracuni hati. Sebab itu jua lah sekiranya kita tiada otak yang berakal (berilmu) memproses jawapan, hati pun memberi arahan seperti yang diarahkan iblis dan syaitan! Maka ilmukan lah otak dengan ilmu yang baik dan sucikan lah hati supaya kehidupan kita tidak dipengaruhi iblis dan syaitan yang takabbur dan tidak mensyukuri asal-usul kejadiannya.

Terlalu asyik menyampaikan bukti-bukti kebesaran Tuhan sehingga terlupa pula kebaikan si semut. "Sorry ye semut, hehe."

Antara hikmah kejadian semut ialah seperti berikut:

1) Gigitan semut yang sakit tetapi penuh manja itu berhikmah supaya kita ingat kesakitan yang tidak dijemput itu sedikit sangat berbanding kesakitan yang kita cari sendiri. Ingat Mat Rempit!
2) Memakan sisa makanan yang kita tinggalkan supaya makanan itu tidak dicerna oleh virus, bakteria dan kulat (kumpulan mikrob). Makhluk-makhluk halus inilah yang membawa penyakit berkuman (patogenik) misalnya bakteria salmonella dan virus selesema . Mikrob jahat (makhluk halus) mencerna makanan sambil membebaskan toksin (racun) kepada manusia. Tentulah mikrob jahat ini pun ada memberi hikmah di sebalik penyakit yang singgah. Supaya kita sedar akan kematian dan takutkan siksaan alam kubur dan neraka! Tentulah ada hikmah mikrob baik juga! Seperti bakteria baik terkultur dalam susu Yakult dan Vitagen.

3) Memakan tisu bangkai haiwan (dan mayat kita dalam kubur) secara bersistematik dan manja (tidak bersepah-sepah). Mereka gunting tisu kita sedikit demi sedikit.

4) Mengorek-ngorek tanah tanih di kebun supaya terbentuk ruang udara untuk gas oksigen masuk menyuburkan tanah. Akar pokok menyerap gas oskigen untuk bernafas. Bakteria penyubur tanah dan cacing tanah juga perlukan oksigen untuk bernafas. Subur lah tanaman-tanaman kita!

5) Keindahan sifat semut telah membawa kepada pengkajian ilmu Sains Entomologi (kaji serangga).

Dalil dari dua ayat terakhir (an-Naml: 18-19) menyedarkan kita supaya mensyukuri hikmah di sebalik setiap kejadian ciptaan Tuhan (walaupun kejadian itu seekor semut) sepertimana Nabi Sulaiman yang gagah sehingga diizin Tuhan memimpin bala tentera di kalangan manusia, binatang dan jin sekalipun dikurnia Tuhan ilham dari seekor semut agar terus mensyukuri nikmat kurniaan Allah SWT lalu terus memunajatkan doa kepada Tuhan. Doanya seperti berikut,
"Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh."

Ilmu terakhir pada entri ini ialah sepotong doa di atas untuk menjauhi semut dan serangga berbisa. Salah satu Doa Nabi Sulaiman yang diamalkan oleh para wali mukhlisin. Bersyukurlah kepada Allah SWT sekiranya anda mendapat walau sebutir ilmu sekecil semut dari entri ini.

Sunday, May 30, 2010

HIKMAH KEJADIAN SEMUT

AKU BERLINDUNG DGN nama Allah dari syaitan yang direjam.

Thursday, May 27, 2010

Jom Rmai2 pie Kem Bina Insan....

SASARAN:Pelajar tingkatan 1,2,3(13,14 dan 15)
TARIKH:5-8 Jun 2010(4 hari 3 malam)
YURAN:RM 20.00
*KLIK DI BANNER UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS*

Imam Al-Bukhari

Imam Bukhari mempunyai nama lengkap Abu Abdullah ibn Ismail ibn Ibrahim ibn Mughirah ഇബ്ന്‍
Bardzibah Al-Bukhari. Ia dilahirkan di Bukhara, Uzbekistan pada tanggal 13 Syawal 194 H. Bapaknya, Ismail, adalah seorang ulama hadits yang mempelajari materi ini di bawah bimbingan sejumlah tokoh ulama termasyhur, seperti Malik bin Anas, Hammad bin Zayd, dan Ibnu Mubarak

Ketika Imam Bukhari masih remaja, orang tuanya meninggal dunia dan ia mewarisi kekayaan dan nasib yang cukup baik dari ayahnya. Imam Bukhari mempunyai seorang ibu yang afeksionis dan seorang kakak laki-laki yang bernama Ahmad.

Imam Bukhari dikarunia otak yang sangat cerdas. Pemikirannya tajam dan hafalannya kuat. Kecerdasan dan ketajaman pikirannya sudah terlihat sejak masa anak-anak. Ulama hadits ini mewarisi ketakwaannya ayahnya. Minatnya terhadap dunia keilmuan sudah terbentuk sejak kecil. Ayahnya merupakan tokoh idolanya sekaligus guru pertama baginya. Bahkan konon, ia ditinggal oleh ayahnya sejak usia 5 tahun.

KH. Ali Mustafa Ya’kub, guru besar ilmu hadist pada Perguruan Tinggi Ilmu Al-Qur’an di Jakarta, mengatakan ayahanda Imam Bukhari meninggalkan sebuah warisan berharga baginya, yaitu perpustakaan pribadi yang penuh dengan kitab-kitab, terutama kitab-kitab hadits. Dalam keadaan yatim, Imam Bukhari diasuh oleh ibunya dengan penuh kasih sayang. Dibimbingnya Imam Bukhari kecil agar lebih mencintai buku-buku peninggalan ayahnya, sehingga Imam Bukhari kecil terbiasa membaca dan menulis, terutama dalam bidang Al-Qur’an dan hadits.

Ketabahan dari seorang ibu yang shalihah, akhirnya mulai membuahkan hasil ketika pada umur 10 tahun, Imam Bukhari muncul sebagai anak yang berotak cemerlang dan mengalahkan anak-anak sebayanya. Pada saat umur 10 tahun itulah Imam Bukhari mulai mempelajari dan menghafal hadist. Ketika umur 11 tahun perpustakaan ayahnya sudah tidak memadai lagi bagi Imam Bukhari, dan karena itulah semangat Imam Bukhari semakin menggebu-gebu untuk mempelajari hadist, sehingga pada usia yang masih relatif muda, yakni umur 16 tahun, Imam Bukhari telah berhasil menghafalkan beberapa buah buku hasil karya sejumlah tokoh ulama yang terdahulu seperti Ibnu Mubarak, dan Waki’. Ia tidak hanya menghafal matan (periwayatan) hadits dan buku-buku ulama terdahulu, tetapi juga mengenal betul biografi para perawi yang mengambil bagian dan penukilan sejumlah hadits, data tanggal lahir, meninggal, tempat lahir dan sebagainya.

Imam Bukhari seorang yang berbadan kurus, berperawakan sedang, kulitnya kecoklatan, makannya sedikit, pemalu, dan zuhud. Imam Bukhari juga sangat berhati-hati dan sopan dalam berbicara, terutama dalam mengeritik para perawi. Terhadap perawi yang diketahui jelas kebohongannya, ia cukup mengatakan “fihi nazdarun” (perlu dipertimbangkan), “sakatu anhu” (mereka tidak menghiraukannya). Perkataannya yang tegas terhadap perawi yang tercela adalah: “munkarul hadist” (haditsnya diingkari).

Pada tahun 210 H, ia menunaikan ibadah haji ke tanah suci Makkah bersama ibu dan saudara-saudaranya. Perjalanan itu sangat mengesankan bagi dia. Bukan saja merupakan kesempatan yang baik untuk bermunajat kepada Allah, tetapi juga kesempatan baik untuk berdialog dengan pakar-pakar hadits di haramayn (Makkah dan Madinah). Ketika ibadah haji, Imam Bukhari memutuskan untuk menetap di kota kelahiran Nabi Muhammad guna menimba ilmu dan hadits. Ia menetap di Makkah dan Madinah selama 6 tahun. Di kota inilah Imam Bukhari banyak menghasilkan karya tulis, termasuk diantaranya; penyusunan dasar-dasar Jami’us Shahih. Bahkan, ia menulis kitab Tarikh Khabir di sisi makam Rasulullah SAW dan sering menulis di malam hari di bawah terang bulan.

Imam Bukhari juga telah banyak melakukan ekspedisi (lawatan) ke berbagai negara, dan hampir seluruh negeri Islam disinggahinya. Imam Bukhari pernah berkata; “saya telah pergi ke Syam, Mesir, Jazirah dua kali, Bashrah empat kali, dan saya bermukim di Hizaj selama 6 tahun, dan tak dapat dihitung lagi berkali-kali saya pergi ke Kufah dan Baghdad untuk menemui ulama hadist. Di kota Baghdad, Imam Bukhari sering menemui Imam Ahmad bin Hambal, seorang ahli fiqih dan hadist –penulis kitab musnad– dan menganjurkan kepada Imam Bukhari untuk tinggal di Baghdad serta melarangnya untuk tinggal di Khurasan.

Dalam setiap perjalanannya, Imam Bukhari selalu mengumpulkan dan menulis hadits. Di tengah malam, ia bangun menyalakan lampu dan menulis setiap yang terlintas dalam benaknya, kemudian lampu itu dimatikan. Hal itu kurang lebih dilakukan 20 kali setiap malam. Begitu juga dalam melakukan pelacakan hadist dari sumbernya yang terpercaya. Pelacakan tersebut tidak hanya di kota tempat di mana banyak tokoh hadits bermukim di sana, tetapi juga ia langsung menemui tokoh-tokoh tersebut, seperti Imam Ahmad bin Hambal, Yahya bin Mu’in, dan Muhammad Ibnu Rawaih.

Dari hasil pelacakan itu, Imam Bukhari berhasil menemukan kurang lebih 80 orang guru dan berhasil pula menghimpun sekitar 6000 hadist. Walau ia memiliki kemampuan yang luar biasa dalam bidang hadits, namun Imam Bukhari tetap memiliki jiwa mulia, terhormat, sangat membanggakan dan memuliakan ilmu, juga senantiasa menjaga agar ilmunya tidak direndahkan dan tidak di bawa pada tempat-tempat penguasa. Sebab saat itu terjadi ketegangan antara Gubernur Bukhara, Khalid bin Ahmad Az-Zuhaili, dengan Imam Bukhari, dimana ia menolak sikap konsisten Imam Bukhari.

Imam Bukhari adalah sosok ulama hadist yang produktif dalam menulis. Ia banyak menghasilkan karya bermutu, terutama dalam bidang hadist. Berikut karya-karya Imam Bukhari yang terkemuka antara lain:
1. Al- Tarikh Al- Shaghir (Kisah Sejarah Singkat)
2. Al-Tarikh Al-Ausat (Kisah Sejarah)
3. Al-Dhu’afa (Kemiskinan)
4. Al-Jami’Al-Dhahih (Sahih Bukhari) yang konon menghimpun sebanyak 7.275 hadits
5. Raf’Al-Yadyn fi Al-Shalah (Kemaslahatan)
6. Khair Al-Kalam fi Al-Qiraah Khalf al-Imam (Panduan Membaca Quran bagi Imam shalat)
7. Bir al-Walidayn (Berbakti kepada Orang tua)
8. Khalq af’al-‘Ibad (Akhlak dalam Ibadah)
9. Al-Musnad Al-Kabir (Hadits-hadits yang besar)
10. Al-Hibah (Pemberian)

Itulah beberapa karya Imam Bukhari yang merupakan peninggalan bersejarah yang sangat tinggi nilainya. Dan yang pasti semua apa yang telah diwariskan oleh imam Bukhari harus diteruskan oleh generasi selanjutnya, termasuk generasi yang hidup saat ini dan yang akan datang.

Pada usia 62 tahun, anak yatim yang kemudian kesohor sebagai ahli hadits nomor wahid itu berpulang ke Rahmatullah pada hari sabtu, malam Idul Fitri 1 Syawal 256 H (870 M). Semoga Allah merahmati dan meridlainya. Amin. (Rmi)